Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbohong dan engkar ikrarnya sendiri untuk memendekkan tempoh tahanan pencegahan dan memperluas peranan mahkamah, kata Ketua Pembangkang,, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Beliau berkata demikian mengulas pewartaan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 yang diluluskan kerajaan semalam.
“Datuk Seri Najib pada 16 September 2011 berjanji kepada rakyat Malaysia untuk memendekkan tempoh tahanan dan memperluas peranan mahkamah termasuk memansuhan ISA dan EO.
“Ini pembohongan terang-terangan.
“Ternyata beliau lemah dengan tekanan dalaman sehingga bersetuju dengan undang-undang ini,” kata Anwar kepada pemberita di lobi parlimen semalam.
Kata Anwar, Pakatan Rakyat komited menentang sebarang bentuk penggubalan akta baru bersifat penahanan tanpa bicara termasuk
Langkah-langkah Pencegahan Khas (SOSMA) yang diusulkan tahun ini.
Tambahnya, kerajaan berpotensi menyalahguna peruntukan undang-undang ini dengan memberikan kuasa berlebihan kepada polis.
Pindaan PCA kini memperuntukkan Seksyen 19A yang membolehkan penahanan tanpa bicara, manakala Seksyen 15A menafikan semakan kehakiman di mana-mana mahkamah.
“Undang-undang ini (PCA) rakus dan (akan) disalahguna seperti yang berlaku sebelumnya,” tegas Anwar.