PAS sebenarnya kehilangan permata yang amat berharga apabila Datuk Husam Musa tidak dilantik menjadi Exco kerajaan Kelantan. Ketegasan dan kualiti yang ada pada husam selama ini telah menjadi pendorong kepada peningkatan ekonomi negeri itu.
Biar pun tidak lagi menjadi Exco husam telah membuktikan kelantangannya menegur kerajaan negeri dalam melakukan keputusan yang salah dari aspek pelaburan, terutama bijih besi dan pembinaan lebuh raya rakyat.
Perbahasan YB Dato’ Husam Musa dalam sidang Belanjawan DUN Kelantan baru-baru ini amat menarik, ikhlas, telus dan berfakta. Beliau telah menjalankan kerja-rumah yang sangat baik dan dengan fakta-fakta yang benar lagi sahih.
Yang amat menyedihkan adalah penggulungan samada oleh YB Exco Nasharuddin Daud dan YAB MB yang jelas cetek, kurang fakta malahan emosional keterlaluan. Saya ingin menyatakan kekecewaan ramai ahlai akademik dan rakyat umum terhadap KELEMAHAN yang amat ketara dalam kerajaan Kelantan masakini.
1. Sesi jawapan yang di ambil oleh YB Nasharuddin Daud amat memualkan dan menggusarkan. Beliau berhujjah tanpa berfakta dan tidak mengemukakan data-data yang benar, sahih dan boleh dipertahankan. Sedangkan sebagai anggota Exco seharusnya data & maklumat itu dimeiliki secara ‘finger tips). Beliau emosional dan tidak mencirikan sifat kepimpinan utama kerajaan.
2. Sesi penggulungan YAB MB paling memalukan. Sekali lagi YAB MB hanya menyampaikan khutbah bukan mempertahankan keputusan atau mengakui kesalahan membuat keputusan. YAB MB juga seperti anggota exco tidak ada fakta dan data-data telus bagi menjawap persoalan anggota dewan. Saya tidak nampak kaliber YAB MB untuk memimpin kerajaan.
3. Saya kagum dengan maklumat, fakta dan data yang dikemukakan oleh YB Husham, siap dengan data2 geografi tentang kawasan kawalan alam sekitar, dengan mengemukakan kontor warna kawasan tersebut serta dikaitkan hujah dan nasihat beliau tersebut dengan ayat2 alQuran pula.
Sebagai ahli akademik saya melihat inilah fasa kejatuhan kerajaan PAS di Kelantan (declining phase of PAS lead goverment in Kelantan). Sekiranya kelemahan dan kerakusan anggota exco tidak dibendung mulai sekarang!