Malam ini dikejutkan dengan tragedi kebakaran sebahagian deretan kedai di Taman Greenwood, Gombak. Pihak bomba bertungkus lumus memadam api yang sedang marak menyelubungi deretan kedai-kedai makan tersebut. D iabggarkan lebih kurang 12 unit kedai terlibat. Pemilik-pemilik kedai yang terbakar itu menyatakan kebimbangan mereka untuk meneruskan perniagaan dan meminta pihak berkuasa untuk membantu mereka kelak.
Difahamkan ADUN Gombak Setia iaitu Dato Dr Hassan Ali sedang dalam perjalanan dari satu tempat program yang beliau hadiri dan bergegas untuk turut melihat dan menemui mangsa yang terlibat. Walau bagaimanapun beberapa Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun telah tiba untuk bersama-sama mangsa dan orangramai meninjau kebakaran tersebut.
Berita lanjut menyusul.