CETUSAN JUMAAT
Pakatan Rakyat baru nak mula, Umno-BN dah lama leka
Tidak kira apa namanya pemimpin zaman sekarang samada dia bernama YAB MB, Tok Guru MB, Dato Seri, YB-YB, Senator, Setpol, SU Sulit, Pegawai Khas, Pegawai Akhbar, ahli majlis, pengerusi GLC, ahli lembaga pengarah GLC, Ketua Cawangan, Ketua Ranting, Ketua cabang, AJK Pusat, Ahli MPT, Ketua Biro dan apa-apa sahaja jawatan lantikan politik oleh orang berkuasa politik maka keselesaan akan dirasai, nafas mulai lega, apa tidaknya bila letak jawatan bertanding tak menang hilang gaji, dulu menggangur kini bergaji, dulu ustaz cabuk kini berbayar, dulu pemandu ke sana-sini kini pegawai khas, dulu bekas kerja gomen kini dpt kerja pegawai dengan kerajaan dan sebagainya lagi.
Kesemua jawatan-jawatan dan kuasa-kuasa ini adalah gantian daripada tinggalan Umno dan BN yang telah hilang kuasa dari negeri-negeri yang selama ini mereka berkuasa. Dengan kuasa Allah Taala Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menentukan segala-galanya maka parti yang berpakat dalam Pakatan Rakyat kalau dulu namanya Barisan Alternatif maka kini memiliki sedikit kuasa peringkat negeri untuk meletakkan sesiapa sahaja samada dia itu bekas banduan politik, jenayah, pesara kerajaan atau swasta dan apa-apa sahaja latarbelakangnya maka boleh mereka ini merasai nikmat ada gaji, cukup bulan masuk bank, berbelanja samada sakan atau ala kadar ikut pangkat lah.
Nak ke hotel berapa bintang ikut pangkatlah, dan ini sebiji dan saling tak tumpah dengan perangai Umno Bn kerana mereka telah merayakan kemenangan sementara yang dikurniakan oleh ALlah Taala.
Mereka ini dengan mudah mengatakan ‘bukan mudah hendak menang pilihanraya macam ini’ maka sakanlah mereka bergaya dan berjoli. Yang paling penting ialah etika bersosial dan bergaul mana-mana manusia yang dah selalu berkot dan berbush jaket tak apa lah, tapi yang macam rusa masuk kampung atau seperti Wak tempe pertama kali masuk parlimen maka berpeluh juga nak mengenakan kot atau tali leher.
Maka dijerutlah tali-tali leher (melainkan Kelantan nampaknya tak mengenakan tali leher itu) dan menempahlah segala baju-baju kot atau seumpama dengannya untuk menyesuaikan istilah ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’.
Rakyat banyak disebut oleh pemimpin ketika mereka menyampaikan ucapan semasa majlis bantuan, hebahan dan juga masa berjanji dengan rakyat. Pemimpin terasa seolah bantuan dan subsidi yang diberikan kepada rakyat seolah-oleh milik mutlak mereka harta warisan mereka sebab itu sesetengahnya tidak sedar bila bercakap dengan rakyat. Di ungkitnya sampai ke lubang cacing tidak kiralah dari Bn ke atau PR.
Sebenarnya jika rakyat insaf dan cerdik serta boleh membezakan intan dan kaca bukan sahaja harga ayam atau beras yang mampu diturunkan bahkan kerajaan yang sekuat Mesirpun boleh tumbang dan bukan menggunakan senjata peluru tetapi dengan undi.
Rakyat pun takut bila melihat pengganti kepada Bn seperti PKR di Selangor, DAP di P.Pinang, PAS di Kedah agak-agak nak serupa dengan Bn juga maka kebanyakan mereka pengundi samada berparti atau atas pagar masih mengharap BN boleh berubah lebih baik dari masa Mahathir, Dollah Badawi dan mereka merasa Najib boleh berubah untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair – itu harapan sebahagian rakyat namun sebahagiannya lagi mahu menukar kepada Pakatan Rakyat kerana bila mendengar ucapan pemimpin PR bergegar dan amat mengagumkan terpesona.
INGATLAH KITA giliran masing-masing tetap akan sampai juga waktunya maka bersedia ke atau tidak bersedia ke mesti akan melaluinya dan jangan hendaknya berdengkian dan bermusuhan bahkan amalkan bertemu dan berpisah kerana Allah jua.
– Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.