Kenyataan Media: Hari ini, kita dikejutkan dengan berita yang dikeluarkan oleh akhbar The Star di halaman 4, di bawah tajuk ‘Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia’. Berita tersebut telah memetik nama Almarhum Ibrahim Libya yang didakwa sebagai salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa pada 19 November 1985.
Saya menyifatkan bahawa tuduhan tersebut tidak tepat dan BIADAP kerana peristiwa Memali yang dimaksudkan oleh The Star adalah peristiwa yang masih gagal disabitkan sebagai aktiviti pengganas melibatkan Almarhum Ust Ibrahim Libya sebagai pemimpin masyarakat disitu.
Bahkan sejarahwan dan pengamat politik di Malaysia sendiri sebahagiannya menyatakan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa melalui arahan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu sebagai perdana menteri sebagai memiliki agenda tersembunyi.
Bahkan fakta sejarah sendiri telah menyaksikan bahawa status Almarhum Ibrahim Libya dan beberapa rakannya yang ditembak sebagai syahid dan turut disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak ketika itu.
Justeru, untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia sepertimana dilaporkan The Star adalah AMAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan BIADAP sama sekali khusunya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali Almarhum.
Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah ini masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini.
Justeru, saya mendesak The Star MENARIK BALIK berita yang disiarkan hari ini dan MEMOHON MAAF SECARA terbuka kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan Almarhum khususnya atas laporan yang amat melesat ini.
Saya tidak teragak2 untuk memobilisasi rakyat seramai mungkin untuk menyatakan bantahan ini sekiranya tiada sebarang tindakan tarik balik dan permohonan maaf dibuat oleh The Star.
SUHAIZAN KAIAT
(Merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Johor dan juga AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia)