Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat kos yang telah dilaburkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi mengajikan persembahan Kumpulan K-Pop pada Hari Belia 2012 yang lalu mampu mengubah statistik peningkatan jenayah pada tahun 2010 yang melaporkan penglibatan golongan remaja dalam jenayah yang disifatkan berat.
Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata statistik PDRM tersebut menjelaskan bahawa remaja yang terlibat seperti antaranya penyewaan senjata api, rompakan berkumpulan, rogol rakan sebaya dan banyak lagi kejadian yang melibatkan para remaja kini.
“Biar pun Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar merasakan persembahan Kumpulan K-Pop tersebut sebagai hadiah kepada belia remaja, ianya sewajarnya dengan kos sebanyak RM 1.6 Juta tersebut mampu menurunkan kadar jenayah remaja sebanyak 5,165 kes setahun tersebut.
“Sebaliknya Kementerian Belia dan Sukan turut menyumbang hadiah kepada masyarakat dengan kadar jenayah remaja yang meningkat dan membimbangkan rakyat dalam negara kita. Ini kerana dalam faktor umur yang masih muda telah melakukan suatu yang akan merosakan diri mereka dan merosakan masa depan meraka kelak.
“Kami melihat pembaziran yang dilakukan tersebut dan dalam masa yang sama membiarkan penyakit masyarakat terutamanya remaja dibiarkan begitu sahaja. Manakah langkah Kementerian Belia dan Sukan di dalam melihat masa depan remaja yang terlibat dengan jenayah tersebut.
“Adakah wujud satu program khas yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada remaja yang terlibat dengan jenayah? Jika RM 1.6 Juta tersebut diperuntukan kepada program khas yang melibatkan remaja yang bermasalah, kami yakin ianya satu usaha bagi menurunkan statistik PDRM bagi kes yang melibatkan jenayah remaja sebanyak 5,165 kes setahun seperti tahun 2010 yang lalu!” katanya.