ULASAN: Amalan demokrasi sihat dalam terus diamalkan dengan membenarkan pertandingan jawatan utama dan lain-lain di dalam
pemilihan saf pimpinan PAS setiap 3 tahun sekali.
Kini selepas sengit pertembungan Nasharuddin Mat Isa dengan Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu yang akhirnya dimenangi Mad
Sabu dalam perebutan jawatan nombor dua PAS maka giliran Mad Sabu pula berhempas pulas mempertahankan jawatan tersebut dari
terlepas kepada muka baru YB Nik Amar anak pejuang PAS yang sangat terkenal di Kelantan.
Untuk diperkecilkan kebolehan Timbalan Menteri Besar Kelantan tersebut bukanlah suatu yang remeh malah sebagai mendokongi saf ulama dalam PAS ianya bakal bersaing secara sengit untuk Mad Sabu mempertahankan jawatan tersebut.
Bagi Mohamad Sabu pula yang telah berakar umbi dalam parti sejak tahun 1980an lagi memberikan beliau saham untuk disokong
berulang kali oleh para perwakilan parti kerana sumbangnnya yang begitu banyak semasa berada dalam pemuda atau sebagai
ahli parlimen mewakili PAS dan juga sebagai ‘ayam tambatan’ PAS.
Seperkara yang begitu jarang kedengaran dan diperbincangkan adalah sangkaan atau info berkenaan penglibatan Mad Sabu
dengan mazhab syiah.
Walaupun umum mengetahui terutama ahli PAS kunjungan beliau ke Lebanon menyokong Hassan Nasrullah pemimpin syiah di sana
dan juga lawatan ke Iran banyak kali namun untuk melabekan beliau sebagai pengikut Syiah adalah keterlaluan.
Ekoran peningkatan pengaruh syiah dalam PAS dalam tahun 1990-1998 maka Jawatankuasa Tatatertib PAS melalui Pengerusinya
yang juga Timbalan Presiden ketika itu YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan setiausahanya yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS
Pusat YB Harun Taib bersama ahli jawatankuasanya telah memecat beberapa ahli PAS disekitar Perak dan Wilayah Persekutuan yang
nyata dan terangan aktif sebagai pengikut ajaran Syiah.
Dengan isu syiah sesat dan menyeleweng yang sedang berlegar sekarang dan dikatakan Mohamad Sabu adalah individu yang
mempunyai pendekatan yang lembut dan mesra dengan fenomena ini maka golongan ulama yang sedang menguasai PAS bakal
merehatkan beliau untuk mengekang pengaruh tersebut.
Apapun yang sedang dimainkan oleh media cetak atau maya ianya tetap tidak akan menganggu gugat PAS dari atas hingga ke bawah
kerana rata-rata ahli PAS terutama yang menjadi perwakilan ke Muktamar Tahunan PAS nanti telah bersedia menghadapi perang
saraf yang sedia terdapat dalam politik cara Malaysia iaitu berkepentingan untuk menyokong calon itu dan calon ini yang
matlamatnya ialah memecahbelah PAS.
Sesiapa sahaja yang memenangi jawatan yang dipertandingkan nanti dalam parti tidak akan sesekali merosakkan PAS dan sesiapa
sahaja yang bakal kalahpun tidak akan sampai merajuk atau meningalkan parti.
Adapun kempen yang keterlaluan sehingga membawa kepada berdosa seperti memfitnah dan mengadu domba dan berbohong
maka ia hanya akan memakan diri mereka yang memfitnah sahaja dan bakal menerima hukuman samada di dunia dan akhirat.
Kelayakan YB Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengesahkan bahawa beliau bukan pemimpin biasa
bahkan boleh diketengahkan lagi untuk menyumbang kepada PAS peringkat pusat dan sekaligus mewakili Kelantan dalam Dewan
Harian PAS Pusat dan dalam Lajnah penting PAS seperti Politik dan Pilihanraya dan juga Pengurusan Tertinggi parti.
Untuk mengatakan kesibukan beliau mentadbir negeri Kelantan bukan alasan bagi mengenepikan sumbangan beliau nanti bukan
sahaja di negeri tersebut bahkan boleh bersama-sama berpakat mengukuhkan PAS dan juga hubungan dengan Pakatan Rakyat yang
bakal berdepan dengan perlbagai ranjau untuk terus bersatu ke matlamat berada di Putrajaya sebagai pemerintah pusat.