Penyokong Pakatan Rakyat merasa lega dengan kemenangan Mat sabu dan Suhaizan Kaiat. Ternyata perwakilan PAS benar-benar matang dalam memutuskan calon yang sesuai meminpin parti itu mendepani arus perjuangan semasa.
Sepanjang sebulan berkempen dari tarikh pengumuman pencalonan pemimpin dan penyokong DAP serta PKR merasa dihimpit kesukaran berikutan ura-ura golongan yang anti kerjasama PAS – pakatan Rakyat akan mengambil alih kepimpinan partri itu.
Umno melalui media massanya telah melahirkan sokongan terbuka agar Nik Amar menjadi timbalan presiden. Bukan Nik Amar ingin membawa PAS meninggalkan gabungan pembangkang tetapi dikhuatiri ada anasir-anasir radikal yang menumpang perjuangannya akan hijack di peringkat pembuat keputusan dan mencetuskan dilemma PAS diperkuatkan dengan cara menumpukan sokongan ke atas melayu sahaja.
PAS akan meninggalkan perjuangan yang meraikan masyarakat Cina dan India sebelumnya untuk mendapat undi Melayu dan menegakkan negara Islam. Sesuatu yang tidak juga berlaku ketika parti itu bekerjasama dengan Semangat 46 15 tahun lalu dan memerintah Kelantan selama dua dekad.
Kemenangan mutlak
Kemenangan Mat Sabu dengan 588 undi menewaskan pencabarnya Datuk Nik Mohd Amar Abdullah 490 undi adalah kemenangan mutlak. Pada 2011 Mat Sabu menang tetapi tidak dianggap kuat kerana hanya mendapat 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama – iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 undi).
Jika dicampur jumlah undi Tuan Ibrahim dan Nasharudin maka undi Mat Sabu boleh dikalahkan. Hal itu menyebabkan Mat Sabu walaupun berkuasa sebagai timbalan presiden tetapi tidak mempunyai pengaruh cukup kuat dalam menentukan hal-hal kritikal dalam parti. Ketika pemimpin tertinggi PAS inginkan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri dan menolak Anwar menjelang pilihan raya ke 13 dahulu tidak banyak yang boleh dilakukan Mat Sabu dan sekutunya.
Namun kali ini dengan mandate mutlak, mat sabu akan lebih mudah mencorakkan masa hadapan PAS. Perhimpunan besar-besaran lebih mudah untuk dilakukan dengan jentera penggerak Pemuda PAS dikepalai Suhaizan Kaiat. Suhaizan terkenal selepas mengepalai demonstrasi 50,000 aktivis menentang pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kerejaan BN tunduk kepada desakan pembangkang selepas itu dan menamatkan PPSMI.
Kemenangan dua serangkai itu juga akan memberi mimpi ngeri kepada Umno BN yang akan menghadapi perhimpunan lebih besar dari rakyat sebagaimana janji Mat Sabu dalam ucapan pengulungan Muktamar.
Sejuta ahli PAS akan digerakkan pada bila-bila masa untuk menuntut kerajaan BN jangan melakukan penganiayaan berleluasa ke atas mereka. Majority perwakilan yang bersetuju memilih Mat Sabu walaupun sebahagiannya di kalangan ulama membuktikan mereka faham isu yang dihadapi dank e arah mana PAS akan bergerak.
Mereka telah pun mempunyai azam untuk ke jalan raya bagi menghentikan kekejaman BN. selepas PRU 13 sesungguhnya tiada cara untuk menghadapi BN melainkan jalan raya. Jalan raya akan mengambil masa selama empat tahun sebelum pilihan raya ke 14.
Selamat kembali ke jalan raya Mat Sabu dan Suhaizan. Pemimpin, penyokong dan aktivis Pakatan Rakyat yang lain sedang bersiap sedia untuk bersama-sama anda!