Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasakan terhadap rakyat akan bertambah berikutan tarif elektrik yang akan naik sebanyak 15 peratus pada awal tahun hadapan.
Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Dr Raja Ahmad Iskandar al Hiss berkata kenaikan itu akan membebankan rakyat seluruhnya dan rakyat Negeri Perak juga akan terkesan atas kenaikan tersebut.
“Semua maklum pusingan kehidupan harian rakyat adalah berkaitan dan jika sesuatu keperluan harian secara mendadak naik akan memberikan kesan kepada pelbagai keperluan yang lain dalam masa yang sama.
“Bagi kami di Perak khasnya, purata rakyat Perak adalah diparas kemiskinan dan dengan kenaikan tarif elektrik tersebut akan memberikan kesan secara langsung keperluan harian kepada mereka yang benar-benar diparas kemiskinan. Ini kerana ianya akan terbeban apabila barang keperluan khasnya akan naik dan ianya faktor utama bebanan yang akan bertambah oleh rakyat sebenarnya. Adakah ini semuanya hadiah daripada Barisan Nasional (BN) setelah mendapat mandat daripada rakyat?
“Kami juga merasakan berikutan kenaikan tarif elektrik ini, ianya akan berkadar langsung dengan pelbagai institusi seperti pendidikan, sosial, kebajikan dan Agama yang akan turut meningkat juga dari segi pengurusan dan keperluan.
“Apakah jaminan kepada generasi muda bahawa sektor pendidikan dan yang lain-lain khasnya tidak akan dinaikkan di masa akan datang? Bagi kami, semua pihak akan terkesan dengan kenaikan tarif elektrik ini dan tiada pihak yang akan bergembira terutamanya rakyat terkebawah atas kenaikan tarif elektrik tersebut. Kami mengucapkan terima kasih kepada BN atas menaikan tarif elektrik untuk tahun hadapan!” katanya.