Sepertibiasa sebelum keputusan diumumkan semangat juang dan harapan kemenangan bagi calon-calon PAS teramat tinggi setinggi awan harapannya. Namun seperti biasa juga selepas selesai pengiraan undi maka keputusannya banyak memihak kepada Umno-Bn kecuali di Bukit Gantang, Permatang Pasir dan KUala Terengganu, lain-lain Bagan Pinang dan Tenang PAS kecundang juga.
Akan tetapi cuba renungkan ulasan mantan ADUN Kerdau Tuan Haji Mohd Saludin Omar sejak 1974-1982 dari Umno menyatakan kemenangan milik PAS jika pilihanraya berlaku dengan penuh keadilan dan kejujuran. Begitu juga ulasan pemerhati politik yang lain sukar pihak Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS atau lain-lain parti gabungan untuk dapat memenangi sesuatu PRK dengan mudah kerana dakyah dan propaganda BN-Umno melampaui batas undan-undang-undang kerana mereka memiliki segala-galanya lagak tuhan dan begitu juga rata-rata yang menyatakan bahawa pengundi mahu beralih atau mengajar Umno semua itu meleset kerana pengundi berparti atau atas pagar masih yakin dengan janji projek kerajaan BN disemua tempat.
Adakah kemenangan BN-Umno di kebanyakan PRK mutakhir ini adalah lambang bahawa Najib bersama Bn telah dimaafkan oleh rakyat sekarang ini dan bakal menebus semula kekalahan teruk mereka di PRU 12 yang lalu ? Sama-sama kita saksikan dan lihat semua itu.
– Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.