Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dalam satu kenyataan medianya menyelar tindakkan Majlis Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan serbuan terhadap Persatuan Bible Malaysia pada minggu lalu.
Tindakkan tersebut dakwa Suaram adalah melanggari kebebasan beragama yang dijamin dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang menjamin seseorang individu itu mengamalkan agama dan kepercayaan mereka secara bebas.
Malah menurut mereka tindakkan Jais merampas 321 salinan bible dalam bahasa melayu dan 10 naskah lagi dalam bahasa Iban serta penahanan pengerusi dan pengurus pejabat berkenaan merupakan satu penyalahgunaan kuasa Jais terhadap orang bukan Islam.
Suaram turut menyifatkan kegagalan Jais untuk mengadakan rundingan terlebih dahulu dengan kerajaan negeri sebagai sesuatu yang mengemparkan serta sukar diterima, mereka menuntut supaya kesemua naskah Bible mereka dikembalikan selain menggugurkan tuduhan terhadap Lee Ming Choon dan Sinclair Wong.
Tindakkan Jais melakukan serbuan tersebut tanpa berbincang terlebih dulu, menimbulkan persoalan apakah agensi tersebut boleh beroperasi tanpa sekatan undang-undang atau akauntabiliti kepada kerajaan negeri Selangor.
Suaram dalam kenyataan media itu juga turut mempersoalkan apakah serbuan yang dilakukan itu hanyalahsatu langkah politik yang digunakan untuk mengalihkan perhatian orang ramai mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ini berikutan tindakkan tersebut dibuat serta-merta selepas perhimpunan bagi membantah kenaikkan harga barangan yang berjaya dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan pelajar dan belia pada Disember 2013 , yang menyaksikan lebih 10,000 rakyat turun ke Dataran Merdeka.