Ulasan: Usaha kerajaan dalam tempoh sedekad yang lalu untuk naik gaji rakyat Malaysia masih ditakuk lama. Malaysia antara yang terkebelakang melibatkan kenaikan gaji jika dibandingkan dengan Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura.
Bagi tempoh 10 tahun yang terakhir berdasarkan laporan Bank Dunia, Pertumbuhan gaji rakyat Malaysia hanyalah berada di sekitar 2.6% setiap tahun.
Bagaimana dengan inflasi?
Inflasi pun berada di antara 2%-3%. Maknanya dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia sekarang ini ditambah dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga dan kos simpanan bersih rakyat akan semakin susut selepas ini.
Sebenarnya kerajaan Malaysia mempunyai pengaruh besar untuk menetapkan paras gaji rakyat, baik kakitangan awam atau pun gaji kakitangan swasta yang melibatkan 3 aspek:
Pertama, Tangga gaji dan skim gaji kakitangan awam ditentukan oleh kerajaan. Kakitangan awam adalah merupakan kumpulan pekerja yang begitu besar dalam tenaga buruh di Malaysia. Oleh itu tangga gaji kakitangan awam akan sentiasa menjadi rujukan dan penanda aras bagi tangga gaji kakitangan swasta sepertimana yang diamalkan selama ini oleh kalangan industri dan majikan.
Apabila syarikat membuat “benchmarking” samada gaji yang bakal mereka tawarkan kepada pekerja mereka berpatutan atau tidak, mereka sebenarnya akan merujuk kepada kumpulan terbesar pekerja yang cukup berpengaruh di Malaysia iaitu gaji kakitangan awam. Jikalau gaji kakitangan awam rendah, syarikat pun akan ikut sama. Begitulah sebaliknya apa yang berlaku di Malaysia hari ini
Jadi, kerajaan mempunyai pengaruh untuk naik gaji rakyat Malaysia dengan cara memberikan kenaikan gaji kakitangan awam naik.
Oleh itu semakan semula tangga gaji dan skim gaji kakitangan awam memberikan pengaruh gaji keseluruhan pekerja di Malaysia.
Kedua, kerajaan perlu membuat semakan semula beberapa dasar yang menyebabkan gaji pekerja swasta terus rendah kerana dasar buruh kerajaan Malaysia yang terlalu bergantung kepada buruh asing yang murah.
Ini polisi lapuk yang diamalkan kerajaan Malaysia selama temph 3 – 4 dekad dan menganiaya rakyat Malaysia. Apakah sektor perladangan, pembinaan dan sekarang di beberapa industri perkhidmatan lain terlalu bergantung kepada pekerja asing?
Inilah yang menjadi sebab dan faktor tahap gaji rakyat malaysia semakin ke bawah dan ke bawah. Ini adalah satu kitaran sumber manusia yang sangat tidak baik kepada ekonomi Malaysia kerana industri akan terus mahu bergantung kepada pekerja asing bagi mengelakkan menggunakan pekerj tempatan yang lebih tinggi.
Ketiga, kerajaan juga perlu menimbangkan semula terhadap pelbagai kos buruh yang dikenakan kepada majikan, yuran, levi, visa, kena buat permohonan, jikalau 6P kena daftar setiap seorang, semua ini adalah kos kepada majikan. Apa kos yang perlu dibayar untuk tenaga buruh itu tinggi, ia akan menyebabkan gaji yang dibayar kepada pekerja adalah lebih rendah.
Contohnya, sepatutnya dibayar gaji RM1,500 kepada pekerja tetapi disebabkan pelbagai kos yang dikenakan kepada majikan menyebabkan RM300-RM400 diberikan kepada pekerja terpaksa diberikan kepada kerajaan. Akhirnya pekerja akan dapat hanya antara RM1,100 – RM1,200.
Sebenarnya industri begitu sensitif kepada kos (pendaftaran, peraturan, yuran, levi) yang dikenakan kepada tenaga buruh mereka.
Gaji Baru Naik 2014
Kebanyakan negara telah pun melaksanakan gaji minimum. Kata pakar ekonomi dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, kalau gaji minima di Amerika US$8 sejam, di UK 6 pound sterling sejam manakala di Malaysia jikalau diambil kira paras RM900 sebulan (sehari ada RM30, satu jam hanya RM3.75). Katanya gaji minimum di malaysia kita tidak menarik, sangat rendah dan perlu dikaji.