Terdapat empat faktor yang boleh mendorong kenaikan RON95 pada pertengahan tahun ini. kali terakhir kerajaan BN menaikkan harga RON95 adalah pada 3 September 2013
Selepas 7 bulan berlalu, pelbagai faktor dalaman dan luaran dijangka mengubah pertimbangan kerajaan. Harga RM2.10 seliter dilihatkan tidak mampu bertahan lebih lama.
Faktor Kenaikan Harga Minyak RON95 adalah i) Pergolakan antara Rusia dan Ukraine; ii) Kajian semula kerajaan Libya terhadap eksport minyak untuk pasaran dunia; iii) Duluan laporan berita media arus perdana mengenai kadar penyeludupan minyak Malaysia ke negara jiran dan permintaan tinggi terhadap harga minyak Malaysia serta ‘putar belit’ kerajaan BN: “dasar rasionalisasi subsidi” dan “pelarasan harga minyak di Malaysia”
Tanda-tanda awal peningkatan harga juga boleh dilihat dengan meningkatnya paras dagangan minyak mentah di Amerika Syarikat West Texas Intermediate (WTI) bagi pengagihan bekalan pada Mei yang ditutup pada harga AS$103.76 setong, meningkat 14 sen ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Manakala harga minyak mentah Brent North Sea pada Mei juga meningkat AS$1.47 kepada AS$109.07 setong di London. Kerajaan BN pasti menggunakan peningkatan harga minyak secara berterusan ini untuk menaikkan harga komodoti itu di dalam negara.