Mampukah peguam muda Dyana Sofya Mohd Daud, 27, menjadi Nurul Izzah kedua di Teluk Intan. Ketika Nurul bertanding di Lembah Pantai pada 2008 umurnya lebih muda daripada Dyana.
Namun anak kepada Ketua Umum PKR itu akhirnya membuktikan usia bukanlah faktor penentu kemenangan. Apatahlagi beliau berjaya menewaskan menteri Pembangunan Wanita ketika itu Shahrizat Jalil.
Sekiranya Dyana berjaya menewaskan Datuk Dr Mah Siew Keong, pengerusi Gerakan maka namanya akan menjadi popular, sehebat wajahnya di kalangan peminat politik tanah air.
Ikuti proses penamaan calon di Teluk Intan:
Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dibuka pada 9 pagi ini di Sekolah Menengah Seri Perak di Teluk Intan.
Proses berlangsung selama sejam sebelum pusat penamaan calon ditutup pada 10 pagi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir luar negara layak mengundi pada PRK itu.
Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.
Selepas perbincangan panjang, DAP memutuskan memilih peguam 27 tahun, yang juga bekas setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud.
Walaupun Teluk Intan merupakan kawasan majoriti Cina, DAP mempertaruhkan muka Melayu muda yang sedang meningkat naik dalam parti yang sering dituduh kecinaan itu.
Jika dipilih, Dyana akan menjadi anggota Parlimen DAP pertama daripada kalangan wanita Melayu (kedua termuda selepas Fong Po Kuan di Batu Gajah pada 1999) dan anggota Dewan Rakyat Melayu ketiga parti itu.
Beliau bagaimanapun bertembung dengan anggota politik veteran Datuk Mah Siew Keong, presiden Gerakan, yang menyandang kerusi itu antara 1999 hingga 2008.
Beliau juga penduduk tempatan.
Mah tewas dalam dua pilihan raya umum sebelum ini kepada calon DAP M Manogaran pada 2008 dan kepada mendiang Seah pada pilihan raya umum lalu. Majoriti terkini 7,000 undi.
Ahli politik 53 tahun itu bagaimanapun akan turut bergantung kepada kekuatan jentera BN untuk kempen 12 hari sebelum pilihan raya pada 31 Mei ini.
Berikut perkembangan langsung proses penamaan calon hari ini:
Laporan langsung
10.12am: SPR mengumumkan satu lawan satu antara calon DAP Dyana Sofya dan BN (Mah Siew Keong) di Teluk Intan.
10.15am: Timbalan Presiden Gerakan Dr Cheah Soon Hai berpandangan, calon lawan mereka Dyana Sofya bukan calon underdog seperti didakwa.
Malah, beliau malah beranggapan tindakan mempertaruhkan Dyana itu sebuah tindakan angkuh.
“Mereka meletakkan muka baru tidak berpengalaman dan ini menunjukkan mereka sangat yakin akan memenangi kerusi ini,” katanya.
10am: SPR mengumumkan proses penamaan calon ditutup.
9.45am: Pemimpin popular DAP menolak tanggapan bahawa Dyana Sofya menjadi boneka DAP.
“Tiada boneka dalam DAP, boneka hanya ada dalam BN,” katanya.
Lim akui Dyana bukan calon pilihan tetapi menegaskan akan berhabis-habisan memenangi pilihan raya kecil itu.
Beliau menggesa pengundi mempertimbangkan pilihan raya itu antara nasionalisme dan politik kaum.
10am: Penamaan calon ditutup.
9.55am: Seorang pegawai polis memaklumkan media bahawa kira-kira 2,500 penyokong BN berkumpul di luar pusat penamaan calon sementara penyokong Pakatan, yang berkumpul di luar sekolah, lebih 1,000 orang.
9.30am: Calon DAP di Bukit Gelugor Ramkarpal Singh turut hadir menyatakan sokongan kepada Dyana.
“Beliau akan melalui apa yang saya lalui, jadi saya harap yang terbaik untuknya.
“Dan saya pasti beliau akan berjaya menghadapi cabaran itu,” katanya.
Pilihan raya kecil akan berlangsung pada 25 Mei.
9.10am: Kedua-dua calon BN dan DAP sudah berada di pusat penamaan calon, belum ada sebarang tanda-tanda calon-calon bebas akan muncul.
9am: SMK Seri Perak – Pengurus Pilihan Raya Ibrahim Ahmad mengumumkan proses penamaan calon brmula.
Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan calon BN Mah Siew Keong memasuki pusat penamaan calon.
8.40am: Taman Cicely – Calon BN Mah Siew Keong tiba. Beliau menyertai Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengepalai kira-kira 100 penyokong berarak ke SMK Seri Perak.