Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut kerajaan Malaysia tidak lagi meneruskan hubungan dagang dengan negara haram israel.
Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, ada bukti yang menunjukkan bahawa penghantaran kapal laut minyak sawit dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor ke Pelabuhan Ashod pada 3 Julai lalu.
“Penghantaran minyak sawit itu dijangka sampai pada 21 Julai ini, dan ini menunjukkan kerajaan Malaysia hari ini munafik, kita ajak rakyat untuk menderma tapi kita hantar kapal besar untuk Israel.
“Tiada apa lagi yang boleh diharapkan, SAMM menuntut agar kerajaan berterus terang dengan rakyat, dan negara ini sebenarnya pro Israel dari dulu, kini dan selamanya selagi Umno memerintah,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Lemabh pantai, Kuala Lumpur.
Menurut Chegu Bard, isu peperangan di Palestin tidak akan pernah padam selagi kerajaan Islam munafik seperti malaysi ini terus wujud
“SAMM seluruh negara juga dengan ini sebulat suara mengutuk perbuatan hipokrasi kerajaan Umno, Barisan Nasional (BN), Zionis glokal,” tegasnya.
Katanya lagi, Malaysia juga seharusnya berani menyuarakan kebenaran mereka mengadakan hubungan dagang dengan Israel, dan jangan terus untuk hipokrik kepoada rakyat negara ini.
“Beritahu rakyat, ya kita memang berdagang dengan Israel, atas tujuan apa itu dan untuk apa itu tidak mengapa,” katanya.
Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh SAMM mengenai hubungan kerjasama Malaysia-Israel khususnya dalam soal perdagangan minyak sawit malah mendedahkan bagaimana komponen buatan Israel telah dihantar ke negara ini untuk dijadikan barangan ‘Made in Malaysia’ serta jadual perkapalan antara Malaysia dan pelabuhan Israel.
Malah perkara ini telah membawa kepada pengakuan Menteri yang bertanggungjawab ketika itu, iaitu Mukhriz Mahathir dalam lama Twitternya iaitu ‘Benar kerana minyak sawit yang dieksport ke Palestin terpaksa dihantar melalui pelabuhan Ashdod, Israel’.