Oleh: Khaulah Azwar
Gombak – Nasib 20 peniaga yang terlibat dalam mangsa kebakaran gerai greenwood seminggu lalu telah pun terbela dengan pemberian peruntukkan daripada Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.
Penyerahan cek RM5,000 setiap seorang disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor /Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Menurut Hasan Kerajaan Negeri PR Selangor sentiasa membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran. Katanya, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Bencana Alam telah melunaskan janji tersebut agar semua peniaga dapat meneruskan perniagaan mereka dengan berjaya.
“Kerajaan Negeri Selangor merasa simpati kepada semua mangsa yang terlibat. Semoga dengan peruntukkan bantuan diberikan dapat meringankan bebanan kepada semua mangsa. Insya-allah semua mangsa yang terlibat akan dapat memulakan operasi perniagaan mereka dalam masa terdekat ini.
“Walau bagaimanapun pihak kami memohon maaf kerana terdapat penangguhan untuk peniaga beroperasi dalam masa seminggu yang lalu memandangkan apabila dikaji faktor keselamatan peniaga amatlah tidak sesuai diletakkan semua peniaga di Lot Jual Buah Durian walaupun semua peniaga bersetuju. Oleh itu perbincangan bersama MPS, Ahli Majlis dan Ketua-ketua kg. Mesyuarat telah memutuskan untuk memindahkan semua peniaga yang terlibat agar di tempatkan ke Kawasan Taman Berlian, Gombak. MPS telahpun menyediakan 20 buah khemah buat semua peniaga,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gombak Y.B Azmin Ali yang turut hadir dalam majlis itu berkata, “Sebagai pimpinan di bawah pemerintahan Kerajaan PR, insya-allah kita akan berusaha membantu semua mangsa yang terlibat. Kita merasa simpati dengan peniaga-peniaga disini . Saya telah mendengar rintihan hati peniaga-peniag disini dengan mengadu mereka tidak dapat memulakan perniagaan semenjak musibah yang menimpa.
“Saya amat berharap peniaga-peniaga yang terbabit bersabar dan insya-allah segala masaalah ini akan selesai secepatnya dengan mendapat kerjasama semua pihak. Alhamdulilah kita difahamkan juga Timbalan YDP MPS juga telah bersetuju untuk membantu mangsa-mangsa terbabit dengan tidak mengenakan kutipan sewa dalam masa 3 minggu ini kerana ingin membantu semua mangsa. Insya-ALLAH Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan kebajikan rakyatnya terjaga.
“Saya juga merakamkan terima kasih kepada semua jabatan-jabatan yang terlibat terutamanya kepada MPS, Ahli Majlis MPS, JKR, Bomba, Polis yang terlibat membantu meringankan beban mangsa,” katanya.
Seorang mangsa Khadijah Hussain berusia 63 tahun yang berniaga nasi berlauk semenjak 1988 mengucapkan terima kasih kepada kerajaan selangor kerana memberi sedikit bantuan meringankan kerugian mereka.
“Alhamdulilah tidak disangka saya dapat rezeki hari ini. Walaupun seminggu tidak dapat memulakan perniagaan namun digantikan yang lebih baik. Semua peniaga telah diberikan Cek RM5,000 seorang dan diberikan bantuan untuk mendirikan khemah perniagaan sementara waktu. Disamping itu MPS juga telah bersetuju untuk tidak kenakan sewa bagi beberapa minggu. Setidak-tidaknya dengan pemberian ini ringanlah beban kami,” luahnya.
Turut bersama bersama dalam majlis itu ialah ADUN Batu Caves Amiruddin Shari, Timbalan YDP Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Hj Jaid Ehsan, Pegawai-Pegawai Pejabat Tanah Daerah Gombak, Pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semua ahli-ahli Majlis MPS Zon Gombak dan Ketua-ketua kg Zon Gombak.
– Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.