Syeikhul Azhar di Mesir menggesa pemberontak-pemberontak Negara Islam (IS) dihukum bunuh, termasuk disalib, selepas membakar hidup-hidup juruterbang Jordan.
Ahmed al-Tayeb berkata kumpulan pejuang di Syria dan Iraq itu sebagai pertubuhan “syaitan” yang merosakkan alam dan melancarkan perang terhadap Tuhan, lapor agensi berita dpa hari ini.
Pemimpin besar Universiti Al-Azhar yang berpengaruh dan disegani itu juga menggesa hukuman keras terhadap anggota-anggota IS dengan memotong kaki atau tangan mereka.
Juruterbang Muath Al-Kaseasbeh ditangkap pada Disember apabila jetnya F-16 terhempas ketika melancarkan serangan terhadap kumpulan pemberontak itu.
P/S: Dulu ada pemimpin pertubuhan Islam Malaysia yang mengalir air mata gembira melihat ISIS tawan Iraq; ada ustaz yang berpendapat rakyat Malaysia berjuang bersama ISIS mati syahid.
Skrg masanya untuk melihat kebenaran. Perjuangan pertubuhan Islam di Malaysia bersama Pakatan Rakyat adalah yg terbaik. Jangan nak jd radikal.