Bila negeri Sarawak mengadakan semula siri pilihanraya umum peringkat negeri maka demam PRU 13 di Semenanjung Malaysia semakin dekat dan ketara.
Semua pihak dalam dan luar negara menantikan bila pula Najib akan mengisytiharkan PRU ke 13 walaupun tempohnya masih lagi panjang. Dan menurut amalan sebelum ini samada Husien Onn, Mahathir, Abdullah dan mungkin juga Najib Razak pilihanraya umum tidak semestinya menanti sehingga rapat ke tempoh tamat. Maka mungkin Najib akan menjadikan Sarawak sebagai kayu ukur peringkat parlimen untuk mengadakan cepat atau lambat PRU 13 nanti.
Satu masa dulu bekas Gabenor Sarawak dan juga bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Patinggi Abdul Rahman Yaakub yang juga bapa saudara Taib Mahmud pernah hampir menewaskan BN negeri pimpinan Taib melalui partinya PERMAS tetapi selepas itu mereka ditekan dengan teruk sekali sehingga PERMAS mengalah hinggalah sekarang ini.
Kini selepas Anwar keluar dipecat dari Umno dan berkerjasama dengan parti lain di semananjung dan parti-parti di Sarawak maka peluang untuk menukarkan kerajaan BN Sarawak bukan suatu yang pelik dan tidak mustahil sama sekali.
Apapun kesan di Sarawak tetap akan mempengaruhi semenanjung sikit atau banyak hanya rakyat yang akan mentukannya dengan izin Tuhan.