Oleh : MOHD AKMAL KAMARUDIN
(Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak)
Satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, didakwa dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Perbuatan ini dipercayai bertujuan untuk memburukkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Mereka yang suka melakukan kerja keji ini, marilah sama-sama menghayati satu hadis dari
Rasulullah SAW. :
Daripada ‘Aisyah R.A., beliau berkata: ketika turun ayat yg mmbebaskan diriku (daripada tuduhan zina ) Rasulullah S.A.W. berkhutbah di atas mimbar sambil menjelaskan itu dan membacakan ayat suci Al-Quran. Setelah turun dari atas mimbar , baginda terus menyuruh untuk menghukum 2 orang lelaki dan seorang perempuan . Para sahabat pun segera melakukan hukuman HUDUD yang diperintahkan itu.
(Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud , At-Tirmizi , An-Nasaie, Ibnu Majah)
Hadis ini merupakan ancaman serta hukuman pada mereka yang menuduh seseorang berzina. Ia berkaitan tuduhan zina terhadap Sayyidatina Aisyah R.A. tanpa ada bukti dan saksi. Isu ini tersebar luas dalam tempoh terlalu lama tanpa ada wahyu yang menjelaskan mana yang benar dalam masalah ini. Betapa sedih Rasulullah SAW dan Aisyah R.A ketika itu , malah seluruh keluarga dan sahabat pun turut merasakan kesedihan itu hingga akhirnya turunlah surah An-Nur yang menjelaskan betapa bohongnya berita keji itu. Allah SWT berfirman :
Sesungguhnya orang-orang Yang membawa berita Yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita Yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di Akhirat).
Sejurus itu Rasululllah SAW menyampaikan dan membacakan ayat di atas ini dan menyuruh untuk menjatuhkan hukuman HUDUD ke atas orang yang terlibat dalam tuduhan bohong ini.
Hadis ini juga menunjukkan bahawa disunatkan berkhutbah di atas mimbar berkaitan perkara besar yang menimpa umat Islam seperti tuduhan zina tanpa bukti.
Hukum menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi yang adil hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq.
Justeru, kes yang berkaitan dengan tuduhan zina ini adalah fitnah besar yang yang melanda Malaysia , tertuduh mesti mendapat pembelaan segera dan mesti diadili di Mahkamah Syariah.