Menteri besar Perak Dr Zambry Abdul kadir kelihatan terdesak untuk menunjukkan rekod cemerlangnya memerintah Perak pada ulang tahun ketiga rampasan kuasa BN di negeri itu Mac ini. Umno Perak untuk menunjukkan kepritahinan mereka mengadakan program khas ‘Deme Tanya Pak Ngah Jawab’ dan Klinik Datuk Seri Zambry
Demikian di tegaskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk). Menurut naib ketuanya Salman Haji Salleh program berkenaan lebih bersifat politik kepartian kerana semua petugas program itu memakai baju khas yang berlogokan BN.
“Walaupun diberikan gambaran bahawa program ini mendapat sambutan, tetapi pada hakikatnya program tersebut telah membazirkan banyak wang rakyat berikutan cara promosi dan penyediaan prasarananya terlalu besar sekali. Justeru DPPN Pk ingin mendapat penjelasan berapakah kos penganjuran program tersebut untuk pengetahuan rakyat.
“Melalui maklumat yang kita terima sambutan program itu amat dingin kerana tidak meliputi pelbagai kaum yang hadir. Tiada apa yang dapat dibanggakan oleh Datuk Seri Zambry dengan membuka ‘klinik’nya yang pada hakikatnya permasalahan rakyat sebenarnya umpan yang sengaja tidak diselesaikan bagi tujuan sebagai ‘gula-gula’ PRU sahaja. Sebenarnya mana-mana parti politik pun yang menjadi pemerintah, adalah menjadi tanggungjawab untuk menyelesaikan permasalahan rakyat tersebut,” bidasnya.
Tambah Salman, semenjak BN memerintah selama hampir lebih 50 tahun dan ditambah dengan rampasan kuasa, permasalahan rakyat tetap wujud seolah-olah dibiarkan agar tidak selesai sebagai bahan kempen menjelangnya PRU.
“Program tersebut sebenarnya menjadi kayu ukur sokongan rakyat terhadap BN, jelas keseluruhan rakyat masih lagi tidak bersetuju dengan BN apabila tidak bersama dengan program yang telah dianjurkan baru-baru ini sempena ulang tahun ke – 2 BN mendapat semula memerintah,” katanya lagi.