Sebagai menjulang martabat wanita untuk turut berkhidmat kepada rakyat dan dengan menjaga adab dan batas syarak. PAS dengan yakin dan berani menawarkan kepada pengundi dan rakyat di Dewan Undangan Negeri Tenang, Labis Johor untuk dipilih oleh pengundi bagi mewakili mereka dalam DUN Johor.
Nostalgia mengenangi kejayaan Allahyarham Khadijah Sidek yang juga berasal dari Johor ketika bertanding mewakili PAS di kawasan pilihanraya Parlimen Dungun pada tahun 1969 mengingatkan kembali sejarah itu apabila seorang lagi anak Johor akan bertanding dalam piliharaya kecil kali ini.
Jika kaum wanita berani membuat perubahan maka inilah peluang mereka untuk melonjak nama wanita dan menambahkan suara wanita dalam persidangan DUN Johor bagi membawa isu-isu rumahtangga dan ekonomi sesuai mereka sebagai ibu kepada anak-anak yang sedang membesar dalam suasana yang amat membimbangkan hasil pentadbiran BN yang tidak seimbang sekarang ini khasnya di Johor dan amnya di Malaysia.
Seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat menaruh keyakinan bahawa Cikgu Mala mampu menjadi pemimpin yang baik dan berkesan apabila terpilih nanti sebagai ADUN wanita pertama dari PAS untuk Johor.