Mood rakyat untuk berubah pada pilihanraya ke-13 semakin jelas apabila beberapa perhimpunan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat mendapat sambutan hangat. Termasuklah jamuan makan malam melalui tempahan meja pada 27 Mac lalu.
Jamuan tersebut dianjurkan oleh Parti Sosialis Negeri Perak di sekolah Yuk Choy, Jelapang. Lebih daripada seribu hadirin menyertai majlis tersebut dianjurkan oleh pengerusi kebangsaan PSM M.Saraswathy yang juga pengerusi di cawangan tersebut.
Turut hadir ialah pengerusi PSM Dr Nasir Hashim, Setiausaha Agung S Arutchelvan dan Dr Jayakumar, ahli parliemn Sungai Siput. Manakala tetamu kehormat pula adalah ahli parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin.
Dalam ucapannya Nizar berkata, “Pada pilihanraya akan datang PSM akan bergabung di bawah satu logo Pakatan rakyat dan bersama-sama dengan PR menumbangkan BN dari Perak dan Malaysia”.
Setiausaha Agung PSM menyatakan tiga isu penting bagi PR iaitu bersatu dalam satu logo menentang BN, pastikan satu lawan satu dan mengetengahkan calon terbaik.
“Setiap rakyat mesti bersedia untuk pilihan raya kerana Umno akan berlawan dengan taktik yang semakin kotor,” katanya.
M.Saraswathy pula berucap mengenai kuasa kuasa rakyat yang akan mencipta kegemilangan.