Ahli parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berdebat mengenai isi kandungan Buku Jingga di Ampang jika benar-benar ikhlas ingin membangtu rakyat.
Cabaran itu dibuat lewat lawatan dan ceramah pemimpin nombor dua Umno itu pada 28 Mac lalu. Zuraida mengandaikan lawatan Muhyiddin sebagai petanda Najib yang menjadi Pengerusi Perhubungan BN Selangor telah ‘angkat tangan’ dalam menangani krisis Umno Selangor yang teruk dilanda perpecahan.
“Ini adalah bukti Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN-Umno Selangor seolah sudah gagal dan ‘kontang idea dan strategi’ untuk menguruskan perpecahan BN Selangor, apabila terpaksa menghantar Timbalannya untuk turun padang. Ini juga signal bahawa siri-siri ceramah penerangan yang kami (Keadilan Cabang Ampang) anjurkan sejak 4 bulan lepas telah mengugat BN Ampang terutamanya.
“Saya menyelar tindakan Tan Sri Muhyiddin yang telah memperkudakan jentera kerajaan untuk kepentingan kempen politik. Maka, saya mencabar Muhyiddin Yassin untuk turun ke Ampang lagi, dan bersedia untuk berdebat tentang Buku Jingga di Ampang andai beliau benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat seperti kenyataan dalam ceramahnya malam tadi. Saya memberi masa 48 jam buat Muhyiddin untuk respons kepada cabaran ini, bagi membuktikan beliau benar-benar layak untuk menduduki tampuk No.2 kerajaan kini,” katanya.
Zuraida yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor menyifatkan kunjungan Muhyiddin itu hanyalah satu gimik yang menunjukkan BN mula gentar menghadapi kemaraan PR menjelang PRU-13