Syabas diucapkan kepada Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan melalui Yb Exco Ust Fadzli Dato Hassan an juga YB Drs Cikgu Zainudin Awang Hamat bersama-sama Ybg Ustaz Drs Abdul Rahman Yunus dan seluruh pihak yang terlibat termasuk koodinatornya dari Harakah Dato Tamizi Mat Jam (TMJ) yang berjaya menganjurkan perjumpaan ke arah memperkasakan hubungan dan peranan para blogger di alam maya dan internet bagi mengembleng tenaga dan masa mereka untuk menjawab tohmahan dan fitnah serta isu bagi pihak perjuangan Islam dan Pakatan Rakyat menghadapi BN dan Umno.
Apa yang diutarakan oleh YB Exco tadi amat relevan sekali dengan isu semasa sekarang dan ianya bagi mengingatkan kita bahawasanya Nusantara dan Kepulauan Melayu ini sesungguhnya adalah realiti dimana ianya pernah mendaulatkan undang-undang Islam merangkumi Melaka, Kedah, Terengganu dan Pahang.
Juga perlu diingatkan bersama bahawa pihak yang menentang Islam dan menghancurkan Melayu ialah Umno yang menjadi tali barut penjajah dan mewarisi penjajah bagi menyekat kemaraan dan keberlansungan Islam di rantau sini.
Dengan harapan negeri Kelantan yang sedang ditadbir oleh PAS akan menjadi peneraju kepada hubungan blogger dengan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat maka diharapkan dengan adanya siri-siri perjumpaan, pertemuan, mesyuarat dan ambil Cakna sesama pejuang maka akan terhasillah nanti kemenangan peruangan untuk menegakkan keadilan yang mampu meruntuhkan kuasa sekularisme dokongan Umno sejak merdeka lalu.