Kerana bimbang dengan pengaruh yang mampu mempengaruhi seluruh kaum dan agama dalam negara ini sekrang maka BN dan Umno berhempas pulas sedang menjalankan usaha untuk mencalarkan imej tokoh-tokoh dari Pakatan rakyat terutamanya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato Seri Anwar Ibrahim sekaligus bagi memecahbelahkan perpaduan pimpinan Pakatan Rakyat.
Hali ini disebutkan oleh Ahli Parlimen Tumpat yang juga adalah Pengarah Urusan HARAKAH Dato Kamaruddin Jaafar dalam satu pembentangan kertas kerja dalam rangka memperkukuhkan peranan media baru untuk mendedahkan semua penyelewengan dan kebejatan BN-Umno.
Beliau menambahkata para pengamal media baru iaitu para blogger dan webmaster harus mengutamakan pertahanan hujah dengan memberikan gambaran dan nilaian sebenar tokoh-tokoh pemimpin dalam Pakatan rakyat yang mampu membawa negara ke arah yang lebih baik lagi.
Seluruh pihak dari para blogger yang menghayati perjuangan dan melaksanakan teguran secara berhemah dan beradab sentiasa akan memainkan peranan masing dengan penuh dedikasi dan luhur bagi menjayakan hasrat rakyat untuk terus berubah bagi membina Malaysia yang lebih baik.