Seluruh rakyat jelata yang layak mengundi untuk memilih kepimpinan negara samada dari Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Tanah Borneo Sabah dan Sarawak mereka sentiasa terdedah dengan pelbagai maklumat dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga ke zaman Najib Tun Razak kini.
Pernah parti-parti politik menuduh bahawa rakyat Kelantan seperti bodoh kerana memanjangkan usia penguasaan PAS di sana, dan terkini parti politik tersebut juga melabelkan pengundi di negeri Kedah, selangor, Pulau Pinang dan Perak (sebelum rampasan kuasa) pun bodoh dan tidak pandai memilih kerajaan kerana menolak BN dan Umno mengekalkan kuasa mereka di sana.
Sebenarnya rakyat yang menjadi pengundi tidak pernah bersekutu atau berbisik atau mengadakan seminar dan komplot untuk sama-sama mengundi parti itu dan ini bahkan secara kebetulan apabila SPR mengumpul undi maka didapati kelebihan kerusi berada di pihak Pakatan Rakyat sehingga membolehkan mereka menjadi pemerintah baru.
Sebagai taat dan patuh kepada perlembagaan Malaysia dan undang-undang tubuh negeri maka BN terpaksa digantikan dengan pemenang majoriti baru. Suka atau benci atau menyesal rakyat telah memilih dan hendaklah semua pihak merestuinya walaupun tidak suka samasekali.
Kemenangan dan kekalahan dalam sesuatu pilihanraya bukanlah mutlak kerana apabila ada semula pilihanraya maka berkemungkinan akan bertukar pula pemenangnya.
Jika televisen Malaysia milik rakyat iaitu RTM berlaku adil dalam penyiaranya dengan menyiarkan semua pergerakan parti politik samada yang sedang memerintah atau menjadi pembangkang seluruh rakyat merasakan telah lama BN dikuburkan. Tetapi malang sekali itulah senjata paling ampuh dimiliki oleh pemerintah pusat atau Putrajaya untuk mereka berselindung terhadap apa yang merek lakukan selama kini.
RTM hanya menyiarkan berita dari pihak pembangkang untuk mengenakan pembangkang dan menyambung hayat fitnah untuk digula-gulakan kepada rakyat bahawa hanya BN dan UMno sahaja yang boleh memerintah negara ini dan bukan parti selain daripada itu.
Dengan meluaskan penggunaan Internet dan handphone maka sedikit sebanyak maklumat mulai sampai kepada rakyat untuk dihakimi oleh takyat dan hasilnya ialah tsunami 2008 sehingga mengaibkan BN bersama Umno di 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan.