Tanpa segan dan silu laporan muka hadapan Utusan mengenepikan nasihat alim ulama dan juga menjadi seolah penghukum dan sekaligus sebagai mahkamah apabila berulang kali dan beragenda besar dengan berani tanpa malu dan aib menyiarkan sedutan dari laman Youtube sebagai kononnya inilah video sebenar yang pelakunya adalah Anwar Ibrahim.
Sedang mahkamah belum lagi membicarakan fitnah video ciptaan perosak akhlak remaja Rahim Thamby Chik bersama seorang tukang urut profesional Eskay Abdullah dan Shuib Lazim itu. Jelas dalam pendedahan dari laman youtube tersebut pelakon di dalamnya berpakaian agak sopan dan juga tidak malu untuk dirakamkan aktivitinya itu.
Walaubagaimana sekalipun pendedahan oleh pemfitnah tersebut rakyat sekalian semuanya sudah mengetahui agenda tersembunyi mahu nyata iaitu dengan niat untuk mengalihkan isu-isu nasional yang sedang melanda negara sekarang ini yang tidak mampu Najib dan gerombolannya menepis lagi.
Kesemua mereka yang terlibat sebagai pemfitnah penyebar, penyokong fitnah tersebut telah lama hilang intergeritinya samada dahulu atau sekarang. Najib sendiri belum selesai dengan kes Altantuya yang akhirnya mengKAMBINGHITAMkan dua pegawai polis berpangkat rendah.
Eskay, Rahim dan Shuib hanyalah alat kepada pemimpin Bn dan Umno sahaja yang sanggup terkehadapan bagi memulakan fitnah tersebut.
Kepada seluruh umat Islam yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat marilah kita semua berdiri teguh menyokong alim ulama kita khususnya Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, Dewan Ulamak PAS dan sebagainya lagi, bagi menolak sebarang fitnah yang tidak bertanggungjawab kepada Allah dan Rasulnya dan juga dimulakan oleh orang-orang yang fasik, munafik dan sentiasa melakukan dosa besar dan kecil.
Selagi kita dipimpin oleh ulamak yang ikhlas, berani menyatakan penentangan kepada kemungkaran, telus memimpin dan menjadi contoh tauladan kepada kita semua kerana mentaati Allah dan RasulNya maka kita yakin kemenangan akan berpihak kepada orang yang benar dan akhirnya pihak yang merancang tipu daya ini akan terserlah dan akan menerima akibatnya.