Bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 16 April ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah berkunjung ke Kuching, Sarawak bagi meninjau sendiri perkembangan selain memberikan bantuan kepada jentera petugas PAS terutama jentera Pemuda di sana.
Rombongan yang diketuai oleh Mohd Munir Ali, Timbalan Ketua Pemuda PAS yang diiringi oleh Salman Saleh, Naib Ketua Pemuda PAS yang juga Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak dan telah berada selama tiga hari di sana.
Misi bertemu petugas dan pemantauan telah dilakukan bagi membantu jentera petugas PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi oleh PAS di sana. Beberapa pertemuan telah dilakukan terutama di DUN yang dibantu oleh PAS Perak di DUN Muara Tuang.
Antara pertemuan petugas ialah Unit Keselamatan Calon PAS yang telah diberikan taklimat di sana bagi membantu calon PAS kelak. Beberapa siri motivasi kepada petugas PAS yang berada di sana juga turut diberikan yang di dalam misi bantuan bagi menghadapi PRN Sarawak kelak.
(Visited 118 times, 1 visits today)