Selepas kematian misteri Teoh Beng Hock yang belum diselesaikan lagi dan masih dalam peringkat siasatan Suruhanjayajaya Di Raja datang pula berita kematian yang juga misteri membabitkan anggota penguatkuasa kerajaan sendiri iaitu Pegawai Kanan Jabatan Kastam Malaysia dari cawangan negeri Selangor.
Sungguh tragik tarjedi kematian tersebut yang sekaligus mencalarkan imej agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sedang dalam pertimbangan orangramai yang mempertikaikan cara dan perjalanannya yang dilihat sebagai banyak melayan kehendak orang berkuasa politik dan mengamalkan pilih kasih dalam menyiasat pelbagai aduan rakyat.
Pegawai yang kembali ke rahmatullah itu ialah dikenali sebagai Ahmad Sabrani Mohamed dari pejabat Kastan DiRaja dan Eksais Selangor.
Ketua Pengarah kastam yang sedang berada di negeri Terengganu amat terkejut apabila diberitahu berita tersebut. Sebelum ini seramai lebih 60 orang pegawai kastam telah ditahan oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah yang bernilai jutaan ringgit.