Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dalam temubual bersama akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau menegaskan Umno akan mengambil 6 kerusi MIC yang gagal dimenangi oleh parti itu pada pilihanraya akan datang.
Namun Pengerusi Perhubungan Umno Perak Zambry Kadir sehingga ke hari ini tidak menafikan kenyataan itu.
Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak perkara itu memaparkan berlakunya perselisihan antara Umno dan MIC di Perak
“Penafian penting kerana Datuk Seri Zambry adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak.
“Walaupun Datuk Seri Nazri mengatakan beliau bercakap atas kapasiti sebagai Ketua Umno Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Zambry perlu juga menegaskan perkara tersebut atau menafikannya sebagai suara daripada Umno Perak. Ini dapat dilihat kerana walaupun perkara ini sudah berlalu tetapi tiada satupun penafian daripada orang nombor satu Perak tersebut
“DPPN Pk melihat desakan supaya mengembalikan kerusi-kerusi DUN yang telah tewas oleh Kompenan BN Perak agar dikembalikan kepada Umno jelas menunjukkan bahawa BN Perak sedang bergolak. Punca utama adalah kerana kelemahan dan ketidakupayaan batang tubuh Datuk Seri Zambry sendiri di dalam memastikan pergolakkan di dalam BN dapat di atasi,” katanya.
Dewan pemuda PAS mencadangkan Zamry menghukum Datuk Seri Nazri yang menimbulkan suasana dingin dalam BN Perak.