Hampir kesemua tempat dan daerah, kampung dan ceruk yang dikunjungi oleh Najib atau timbalannya maka akan kedengaranlah pengumuman kelulusan bantuan, projek atau janji peruntukkan demi menagih undi dari rakyat Sarawak agar BN terus berkuasa di Sarawak.
Juta-juta, ratus ribu, puluhan ribu ringgit Malaysia begitulah bunyi jumlah yang dijanjikan oleh Pengerusi BN Pusat yang juga PM bagi memastikan rakyat akan terpesona dan terkejut bahawa BN mampu membela terus rakyat Sarawak meskipun sedang dibuktikan oleh Pakatan Rakyat akan penyelewengan dan kegagalan hampir 30 tahun BN Sarawak melalui pimpinan Si Taib Mahmud menafikan hak-hak rakyat Sarawak untuk menikmati kekayaan negerinya.
AWAS rakyat Sarawak cuba perhatikan janji-janji BN di Semenanjung yang belum lagi tertunai termasuk di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukti Gantang, Bagan Pinang, Permatang Pasir, Galas dan kesemua DUN yang telah diadakan pilihanraya kecil.
Bandingkan kejyaaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan yang paling lama ialah Kelantan yang tetap membangun dan maju walaupun bukan BN yang memerintah.