Syor PAS Selangor melalui perwakilannya dalam majlis-majlis perbandaran dan tempatan di dalam negeri Selangor adalah dilakukan dengan penuh cermat dan kajian sebelum diutarakan sesuatu isu yang berkait dengan hukum-hakam Islam. Ini dilakukan bukan kerana takut kepada desakan DAP, MCA atau Umno akan tetapi menurut ajaran Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika memerintah Madinah, Makkah ketika berhadapan dengan ornag bukan Islam samada Yahudi, Nasrani dan juga Majusi.
Kaedah lembut dan bijaksana amatlah penting bagi menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati Islam dan akhirnya mereka akan rela menerima Islam sebagai agama mereka juga.
Menurut pengamal perubatan yang memberikan komen terhadap buruk baiknya amalan meminum arak ataupun minuman yang memabukkan itu akan menerima kesan yang tidak baik bahkan memudaratkan peminumnya. Oleh itu jika perkara atau rancangan untuk menghadkan pengedaran dan penjualan arak amatlah disokong oleh semua pihak Islam atau bukan Islam keranakesanya buruknya telah banyak membawa bencana rumahtangga dan sosial masyarakat.
Begitu juga cadangan kerajaan negeri Selangor untuk melarang orang Islam daripada bekerja dengan premis atau kedai yang menjual dan menghidang arak dan menubuhkan pula satu majlis untuk memberikan kefahaman dan membantu mereka yang ingin berhenti bekerja di tempat sebegitu.