Pelbagai sumber berita dan maklumat dari semua kabar berita bahawa BN merasakan inilah pertamakali dalam sejarah pilihanraya negeri yang paling sengit BN hadapi. Dengan gelombang tsunami 2008 hasil gerakan Bersih dan Pakatan parti-parti pembangkang utama di Semenanjung menyebabkan Najib Razak bersama anggota kabinetnya terpaksa berhempas pulas bagi memastikan BN Sarawak tidak jatuh ke tangan PR dan paling busukpun mahu BN kekalkan kerajaan negeri tidak mengapa jika 2/3 gagal diraih.
Yang paling penting dan amat-amat mustahak ialah MENANG dan terus MENANG itulah istilah para bomoh BN dalam dan luar negeri BN Sarawak melalui Taib Mahmud wajib menang jika tidak entahlah ke negeri mana mereka (pemimpin BN Negeri) akan melarikan negeri mengikut PR (warganegara ke 2) yang mereka miliki.
PAS dengan seluruh jenteranya terutama dari semenanjung berjuang habis-habisan utk turut mewarnai politik bumi Kenyalang, PKR dengan jiwa yang membara dan menggunakan pengalaman di semenanjung mengerahkan sebahagian besar jentera nya untuk berlatih di medan pilihanraya umum peringkat negeri untuk menyediakan petugas-petuga sparti yang komited dan bersemangat juang yang tinggi.
DAP menjadikan contoh kejayaaanya di Pulau Pinang sebagai pemangkin untuk menyakinkan rakyat Sarawak jika memilih ketiga-tiga parti ini maka mereka tidak akan rugi dan menyesal kerana lihatlah Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan semuanya lebih baik dari negeri-negeri di bawah BN.
Kamek tetap akan berubah demi anak-cucu kamek.