Walaupun kajian dan analisa Zentrum Studies tersasar dan harapan semua pemimpin Pakatan Rakyat tidak dapat menjadi kenyataan dengan mengengam Sarawak ataupun dapat menafikan majoriti 2/3 DUN Sarawak, namun kesemua usaha gigih dan perjuangan seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat di Sarawak mencatatkan sejarah yang tercatit sebagai paduan dan dokongan kukuh oleh kesemua parti dalam Pakatan Rakyat ketika menghadapi BN Negeri Sarawak.
Turunnya PM Najib ke sana mengambarkan kegusaran dan kebimbangan BN Pusat bimbang Taib Mahmud gagal mendapat 2/3 majoriti atau lebih teruk hilang kuasa ke tangan Pakatan Rakyat.
Sessungguhnya ucapan syabas kepada Pakatan Rakyat di sana kerana usaha gigih dan bersatu padu melahirkan 15 kerusi sebagai tambahan kepada yang sedia ada. Meskipun PAS tidak kesampaian untuk medapatkan sebarang kerusi tetapi dengan penambahan ahli dan pengundi dalam pilihanraya ini serta dengan majoriti kemenangan BN di Dun berkenaan dapat menambahkan semangat PAS untuk terus berbakti di bumi kenyalang itu.
Meskipun DAP yang mengetuai pembangkang di DUN Sarawak nanti ia tidak akan mencacat semangat setiakawan yang terkandung dalam deklarasi Pakatan Rakyat untuk terus membela rakyat dan menggantikan BN dalam pilihanraya akan datang.
Media alternatif dan alam siber mesti terus memberikan maklumat kepada rakyat untuk dinilai oleh rakyat demi memastikan mereka didedahkan dengan maklumat yang sebenar dan tepat bagaimana rakus dan tamaknya BN dan Umno merampok hak-hak rakyat dari dulu hingga kini.
Apapun Pakatan Rakyat tetap unggul dan cemerlang untuk terus maju dan berjaya dalam perjuangannya untuk memartbatkan rakyat Malaysia ke arah kesejahteraan yang berterusan bersama PR.