Demonstrasi #BatalGST, #1Mei 1juta, dijangka menjadi demonstrasi terbesar pada tahun ini.
Bukan sahaja persiapan yang lama, sehingga sebulan untuk menjayakannya tetapi isunya adalah GST yang akan menarik perhatian rakyat dalam kalangan tidak berparti dan malah ahli komponen BN sekali pun.
Semalam, khabar diterima peserta dari Pantai Timur telah pun bergerak masuk ke Kuala Lumpur dan menginap di hotel-hotel bujet. Peserta dari selatan tanah air juga telah mula masuk.
Di Lebuh raya Karak berlaku kesesakan ke arah Kuala Lumpur. Lebih raya PLUS tol Sungai Besi pun sesak teruk ke arah Kuala Lumpur.
Maklumat di facebook menyebut berpuluh ribu peserta demonstran telah pun berada di Kuala Lumpur menunggu detik 2.30 petang, Jumaat untuk menganjurkan demonstrasi yang menjadi kenangan sepanjang 2015.
Ahli DAP menjangkakan lebih 30,000 akan menghadiri demonstrasi ni. Sementara penglibatan sepenuhnya pemimpin tertinggi PAS akan mengerah lebih banyak ahli.
Demo juga disertai mahasiswa yang dijangka lebih 5,000 atau lebih lagi berdasarkan janji pergerakan persatuan mahasiswa menurunkan anggota.
Tempat berkumpul:
Sekretariat #1Mei mengumumkan pada 2.30 petang demo bermula. Tempat permulaan:
- Sogo
Mujahid
Tian Chua
Nik Nazmi
Rafizi Ramli
Hishamudin Rais - Masjid Negara
Azmin Ali
Mat Sabu
Dr Hatta Ramli
Suhaizan Kayat - Masjed Jamek
Lim Guan Eng
Nurul Izzah
Teoh kok Siong - Dataran Maybank
Shamsul Iskandar
Amiruddin Shari
Dr Afif - Pasar Seni
NGO - UTC Puduraya
Mahasiswa
Semua peserta akan bergerak ke arah KLCC untuk perhimpunan mega dan mendengar ucapan pemimpin