Saudara Pengarang,
Aziz Bari tidak terlibat dengan kempimpinan Ulama dalam hiraki PAS. Pandangannya agak sekular dan jauh menyimpang dari kaedah kelayakan sesaorang untuk dilantik sebagai Qiyadah @ pemimpin terutama untuk sebuah gerakan Islam.
Samada beliau seorang ahli PAS atau tidak ianya tak dapat dipastikan oleh saya. Dalam kesempatan ini ingin saya ulangkan bahawa cara kepimpina dalam gerakan Islam tidak sama dengan cara pimpinan seperti dalam Umno, DAP atau PKR atau apa-apa parti. Keterikatan dengan nilai agama dan kelayakan agama adalah satu kemestian dan tidak ada dalam gerakan lain.
Saya hendak sebutkan contoh perlunya sesaorang yang memimpin gerakan Islam seperti PAS adalah perlu memiliki akhlak Islam yang terbaik samada pada dirinya sendiri, keluarganya, masyarakat dan keseluruhan kehidupannya kerana para ulama tersebut adalah waristaul anbiya yang mewarisi contoh para nabi-nabi dalam kepercayaan Islam.
Berkenaan dengan tidak berkesan atau kurang idea oleh pemimpin tersebut ianya boleh di atasi dengan secara amal jamie iaitu mengumpulkan para ilmuan ddalam bidang masing-masing dan bermesyuwarah dalam mencari formula bagi kesejahteraan ummah dan bukan dengan cara menukar pemimpin semata-mata dengan cara yang tidak Islamik.
Kepada seluruh organisasi PAS yang telah melalui proses tarbiyyah dalam harakah Islamiyyah seperti PAS mereka semua hendaklah bermuhasabah dan bukan mengkritik dengan tidak beradab.
Namun saya yakin ulama dalam PAS yang komited dengan perjuangan Islam tidak akan membanggakan diri atau mendabik dada atau jauh sekali riak dengan jawatan pemimpin yang mereka sandang maka jika benar wujud insan atau bakal pemimpin yang lebih baik daripada yang ada maka bolehlah diketengahkan dan mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan oleh syariat Islam.
Zahir dan batin amalan rohani setiap pemimpin dalam harakah Islamiyyah merupakan ukuran terpenting untuk mengangkat mereka sebagai pemimpin maka berhati-hatilah.