Oleh: Khaulah Azwar
Batu Caves: Seramai 51 orang waris Skim Mesra Usia Emas (SMUE) daripada 15 orang di Dun Batu Caves, 20 orang daripada DUN Hulu Klang dan 16 orang daripada DUN Gombak Setia telah menerima wang skim khairat kematian daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang telah diadakan baru-baru ini di Dewan Kampung Melayu Batu Caves.
Semenjak 2009 Kerajaan Negeri telah membayar sebanyak RM50 juta kepada waris. Setiap waris pada kali ini menerima skim SMUE fasa ke 2 sebanyak RM1500. Skim tersebut telah diberikan tanpa mengira pemahan politik dan agama kepada semua rakyat Selangor.
Majlis penyampaian skim SMUE disempurnakan oleh Y.B Shaari Sungib ADUN Hulu Kelang dan diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi Rantaian Mesra Usia Emas, Kamsani Nasir serta Pegawai Pejabat Daerah Gombak (PDG).
Dalam ucapannya, Shari berkata Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya dengan memberi hasil Kerajaan Negeri kepada rakyat melalui pelbagai skim bantuan
“Rakyat selangor telah mendapat berbagai imbuhan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Bekalan Air Percuma bagi 20 meter padu, Hadiah Anak Masuk Univeristi, Tabung Pendidikan Anak Pekerja lading, Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian, Pemeriksaan percuma bagi kaum wanisa (Mammogramsel), Skim Mikrokredit dan MIMBAR,” katanya.
Menurut Saari lagi, pelaksanaan tersebut telah dilakukan dengan cukup baik olehPR yang sentiasa menjaga kebajikan dan mengutamakan rakyat. Pemimpin PR terbukti amanah, jujur, mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan menjaga kebajikan rakyatnya sertatidak mengambil rasuah.
“Jika mereka yang mentadbir negeri tidak menjalankan tugas dengan baik bahkan mereka pecah amanah, pengamal rasuah akhirnya Negara mengalami kerugian dan rakyat mengalami tekanan disebabkan oleh sifat kerakusan mereka yang tidak penuh bertanggungjawab. Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mereka (UMNO)-BN daripada dahulu sehingga kini semuanya adalah demi kepentingan peribadi mereka sendiri tanpa memperdulikan kemasalatan rakyat.
“Kegagalan mereka (UMNO-BN) dalam mengurus pentadbiran negara menyebabkan rakyat sentiasa diberi tekanan dari sudut ekonomi dan sebagainya.
“Ini jelas terbukti dalam mereka rakus untuk mendapat keuntungan peribadi mereka dan kroni-kroninya sehingga kebajikan terabai. Ironinya dengan kegagalan mentadbir negeri selama 50thn ini membuatkan rakyat telah membuat keputusan yang sangat bijak dengan memilih Kerajaan PR untuk memerintah negeri Selangor pada PRU ke 12 yang lalu. Semoga rakyat Malaysia khususnya terus menerus memilih Kerajaan PR dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlaku tidak lama lagi.
“Kita dalam saf pimpinan PR amat mengerti semenjak PR memerintah segala manifesto yang terdapat dalam PRU ke 12 yang telahpun berjaya dilaksanakan mendapat berbagai tekanan daripada Pusat (UMNO-BN). Mereka merasa irihati dengan pengurusan PR mentadbir negeri ini sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi menggagalkan segala misi dan visi PR,” sambungnya.
Bagaimanapun menurut Saari, Kerajaan Selangor tetap mantap di bawah pengurusan MB Tan Sri Khlaid dan barisan exconya. Hal itu terbukti dalam 3 tahun PR memerintah, ekonomi negeri tidak merosot sama sekali seperti yang telah digembar-gemburkan oleh pihak UMNO-BN bagi mengelirukan rakyat.
Bahkan segala hutang piutang sebanyak RM500 juta yang dialami oleh UMNO-BN semasa pemerintahan mereka telah diselesaikan oleh Kerajaan PR .Oleh yang demikian beliau berharap agar rakyat sentiasa mendapat informasi-informasi terkini pencapaian dan kejayaan yang dibawa oleh kerajaan PR di negeri Selangor ini khususnya, katanya.
Syaari juga melahirkan rasa tidak berpuas hati mengenai pendaftaran Skim SMUE di Dewan Undangan Negeri (DUN) H.Klang. Katanya, “Di DUN Hulu Kelang golongan warga emas seramai 5,000 orang namun yang berdaftar seramai 3000 orang. Pencapaian ini sangat kurang memuaskan hati saya walaupun kita sudah mewawarkan kepada rakyat dengan berbagai cara namun sikap keperihatinan rakyat dan dalam diri individu itu sendiri untuk mendapat hak mereka tidak diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Kita harap rakyat Selangor merebut peluang yang diberikan oleh PR dalam menjaga kebajikan rakyat,” jelasnya.
Sementara itu rata-rata penerima skim SMUE berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan. S. Suriy a/p Kalan 31 tahun, merasa gembira dengan penerima skim SMUE yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PR. Sebelum ini beliau tidak tahu mengenai SMUE namun dalam akhbar-akhbar tempatan dan Selangorkini sering mewawarkan keistimewaanya. Kawan-kawannya juga telah memberi nasihat agar mendaftarkan skim SMUE untuk kedua ibubapa yang telah berusia 66thn. Setelah didaftarkan skim ini baru beliau yakin dengan pendaftaran yang dilakukan untuk ayahnya telah diterima hasilnya bagi mengurus pengebumian dan urusan lain untuk ayahnya yang telah meninggal.
Choi Tack Chee, 56 tahun, beliau merasa sangat terkejut menerima surat jemputan daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Pejabat Tanah meminta dirinya hadir ke majlis ini untuk menerima sumbangan kematian di bawah pemerintahan kerajaan PR. Katanya, “Ibu-bapa sudah mati, waris pula menerima wang, memang benar-benar terkejut”.
“Kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan PR yang begitu amanah menguruskan kewangan negeri untuk disalurkan kepada rakyat selangor melalui skim-skim yang ditawarkan. Dengan wang diterima ini telah membantu waris untuk mengurus kematian dan sebagainya,” luah beliau.
Di majlis itu juga diadakan sambutan ulangtahun bagi 10 orang yang menyambut Hari Lahir pada bulan Mac dan Bulan April, 2011 untuk DUN Batu Caves, cawangan Kg Melayu dengan menerima hadiah cenderahati daripada ADUN dan AJK Kg Melayu Batu Caves bagi memeriahkan majlis. Turut hadir Ahli-ahli Majlis MPS Zon Batu Caves, ketua-ketua Kg, Penghulu Mukim Batu Caves, Pegawai-pegawai Pejabat Daerah Gombak (PDG).