KEADILAN mengucapkan tahniah kepada pimpinan PAS, sukarelawan dan penyokong Pakatan Rakyat di atas pencapaian cemerlang gabungan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan memberangsangkan itu wajar disyukuri dan dibanggakan oleh semua penyokong Pakatan Rakyat.
“Ini isyarat jelas bahawa rakyat masih kekal menyokong kita, pengurangan peratusan majoriti di Rompin adalah isyarat bahawa penyokong Umno BN di kawasan luar bandar turut telah hilang keyakinan kepada kerajaan.
“Walaupun BN menabur janji jutaan ringgit, tetapi itu sudah tidak mampu meraih sokongan rakyat.
“Jelas GST telah memangsakan penyokong Umno sendiri, selain memberi kesan kepada masyarakat luar bandar dan pengundi kawasan felda,” jelasnya dalam sidang media terakhir sebelum hari pengundian esok.
PRK Rompin pada 5 Mei lalu menyaksikan penurunan ketara sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.
Calon PAS, Nazri Ahmad berjaya mengurangkan majoriti diperolehi UmnoBN berbanding keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin hanya memperoleh 8,895 berbanding 15,114 undi majoriti dalam PRU lalu iaitu kemerosotan hampir 50 peratus sokongan.
“Jesteru dengan perkembang terbaru ini, kita harap pakatan rakyat terua mara dan kita harap kemenangan lebih besar dapat dicapai di Permatang Pauh.
“Paktan perlu terus istiqamah dan dan iklas melaksana amanah dari rakyat,” ujarnya lagi.
Sidang media tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Penerangan KEADILAN, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh.