Oleh: Khaulah Azwar
Kemensah: Perkampungan Orang Asal di sini mahukan perubahan dari sudut pembangunan, ekonomi dan kemajuan pendidikan bagi generasi anak-anak mereka.
En Sabri a/l Ah Hang, Penolong Pembantu JKKK Orang Asal Kemensah berkata ketika ditemui dalam pertemuan mesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Y.B Shaari Sungib, baru-baru ini untuk menyelesaikan isu kegagalan Kerajaan Pusat membekalkan bekalan elektrik di perkampungan orang asal.
Beliau bersama Tok Batin dan beberapa orang penduduk telah menyuarakan juga hasrat ingin melihat anak-anak mereka menerima pendidikan di peringkat pra sekolah seawal umur 4 tahun seperti kanak-kanak yang lain.
Katanya, “Hari ini saya serahkan surat permohonan mengenai tanah untuk bercucuk tanam menaiktaraf ekonomi kehidupan orang asal disini dan keduanya mengenai permohonan untuk menyediakan guru-guru pra sekolah. Kami amat berharap kedua permohonan ini dapat perhatian sewajarnya oleh Kerajaan PR kerana ianya merupakan aset penting kepada anak-anak kami”.
“Saya rasa bertanggungjawab untuk memenuhi permintaan penduduk disini untuk memastikan anak-anak mereka menerima pendidikan yang merupakan satu kepentingan untuk melahirkan generasi yang berilmu untuk membela nasib kami kelak. Hanya dengan ilmu orang tidak akan memperbodohkan diri kita, dengan ilmu juga orang akan memandang tinggi dengan kita. Tetapi sekiranya kita tidak mempunyai ilmu, orang selalu menindas dan memperlekehkan kita kerana tidak mengetahui segala-galanya lebih-lebih lagi untuk menguruskan kewangan, pembangunan untuk orang asli.
“Cukuplah pada saya, ibubapa mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi kita harap ada perubahan kepada anak-anak akan datang. Mereka perlu dibekalkan ilmu pengetahuan dan menjadi masyarakat yang berguna seperti rakyat lain juga.
“Di sini terdapat seramai 15 orang kanak-kanak yang berumur antara 7-12thn dan 25 orang berumur 4-6thn. Kami amat memerlukan guru-guru untuk memastikan anak-anak kami menjadi orang yang terpelajar. Setakat ini mereka yang berumur 7-12thn kami menghantar mereka di sekolah Kg. Sg. Pusu. Tetapi bagi anak-anak yang sudah patut menerima pendidikan awal di peringkat umur 4thn masih tidak berpeluang untuk ke sekolah. Mereka banyak menghabiskan masa dirumah bermain dengan teman-teman dan mengikut ibubapa mereka pergi memburu.
“Tetapi apabila kami merenung wajah anak-anak ini, kami rasa sedih kerana keadaan ekonomi kami sebagai orang asal tidak begitu menggalakkan untuk memastikan anak-anak kami dapat bersekolah seperti pelajar yang lain. Boleh dikatakan pendapatan kami disini RM250 paling rendah dengan hasil kerja-kerja memburu dan menjual kayu api. Untuk membiayai pelajaran anak-anak rasa menjadi tekanan juga pada kami apabila melihat kenaikan-kenaikan harga barang semakin meningkat yang sekali gus memberi tekanan kepada kami ditaraf fakir miskin.
“Tetapi sebagai ibubapa, kami sentiasa inginkan terbaik untuk anak-anak kami. Tiada apa yang lebih berharga melainkan melihat kejayaan anak-anak. Besar harapan kami agar ada pihak terutamanya kerajaan PR sudi membantu kami dengan menyediakan guru tadika ataupun guru tuisyen bagi mendidik anak-anak kami di peringkat pra sekolah.
“Saya lihat anak-anak ini memang berminat untuk belajar. Walaupun bekalan elektrik tiada namun setiap malam mereka berkumpul di dewan atau belajar dirumah dengan menggunakan pelita. Kadang-kadang yang menyedihkan kami apabila minyak tanah sudah habis di kedai dan kami tiada bekalan lagi untuk mendapatkannya,” katanya.
Selain itu, merekajuga memohon jasa baik Kerajaan PR untuk menyediakan bahan seperti baja, biji benih untuk bercucuk tanam disini bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi orang asal disini kerana jika hendak bergantung kepada kerja-kerja memburu dan mengutip hasil di hutan tidak memberi jaminan kepada kami untuk menambahkan pendapatan bagi menyara keluarga. Lebih-lebih lagi apabila musim hujan yang sudah pasti kami tidak dapat keluar mencari rezeki untuk memburu dan mengutip hasil hutan.
“Sekiranya pihak Kerajaan PR sudi membekalkan bahan-bahan tersebut kami amat terharu kerana tanah yang sediaada disini amat sesuai untuk dinaiktaraf dengan bercucuk tanam bagi mengekalkan tanah warisan orang asal, disamping itu dapat membantu meningkatkan ekonomi,” katanya.
Media difahamkan juga oleh Tok Batin dan En Sabri ada dua buah tempat yang boleh dinaiktaraf untuk bercucuk tanam tetapi Jabatan Hutan tidak membenarkan kawasan tersebut di naiktaraf namunpun begitu telah digantikan tempat lain. Tanah tersebut seluas 40 Hekar.
Abdul Rahim Shahrudin Pengerusi Persatuan Belia Emas Hijau pula berkata, “Sebagai anak jati orang asli disini saya rasa benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku. Kami seperti dianak tirikan oleh Kerajaan Pusat. Banyak janji-janji yang diberikan terutamanya ketika berlaku pilihanraya yang tidak dilunaskan oleh mereka. Kami diperbodohkan oleh UMNO-BN kerana apabila mereka Berjaya dalam pilihanraya kami tidak dipedulikan. Sudah 50thn hidup kami tidak mendapat perhatian oleh mereka.
“Seperti contohnya isu bekalan elektrik tidak dapat dilunaskan oleh Kerajaan Pusat (UMNO-BN) setelah sekian lama. Kami sentiasa mengharapkan bekalan itu dari semasa ke semasa namun ianya sangat menghampakan. 50thn Mereka memerintah apakah perubahan yang mereka bawakan pada orang asal bukan hanya di kawasan ini sahaja bahkan saya percaya diseluruh perkampungan orang asal di Negeri Selangor.
“Kita benar-benar rasa hairan, mengapa 3tahun PR memerintah mereka boleh membantu orang asal dengan menyediakan kediaman rumah yang cukup selesa dan dewan untuk kegunaan penduduk mengadakan aktiviti kemasyarakatan, tetapi mengapa UMNO-BN memerintah 50thn janji-janji mereka yang ditaburkan kepada kami terutamanya membekalkan bekalan elektrik tidak dapat diatasi.
“Semenjak PR memerintah, saya lihat Y.B Shaari sering berkunjung ketempat ini untuk bertemu dengan kita disamping itu bertanyakan segala masaalah yang dihadapi oleh penduduk disini.
“Keperihatinan beliau bersama Kerajaan PR amat kita hargai. Perbincangan dua hala sentiasa diadakan. Ini yang kita mahukan. Kita tidak mahu ada jurang perbezaan kaum, dan pangkat. Tetapi sebagai pimpinan mereka seharusnya melakukan terbaik untuk rakyatnya, bukan hanya menunjukkan muka apabila berlakunya pilihanraya. Kami sentiasa inginkan perubahan dari semasa ke semasa untuk anak-anak kami.
“Oleh itu dengan harapan baru kami, setelah berpatah hati dengan UMNO-BN agar pentadbiran Kerajaan PR ini dapat membantu ekonomi kami orang asal yang inginkan perubahan. Kalau boleh kami ingin melihat anak-anak seusia 4thn ini sudah didedahkan ilmu pengetahuan tidak kira ilmu akedemik mahupun ilmu agama yang begitu penting untuk mereka pelajari.
“Bahkan bagi pelajar-pelajar yang sudah berusia di peringkat Sekolah Rendah dan Menengah kami ingin melihat mereka terbuka dengan pengetahuan penggunaan komputer yang merupakan asas kepada mereka. Sekarang ini, segala surat menyurat mengenai Orang Asal saya yang menguruskannya. Walaupu ramai belia disini namun mereka semuanya buta IT dan tidak boleh membaca. Oleh itulah, saya amat berharap agar pihak Kerajaan PR tidak keberatan untuk membantu kami untuk memastikan anak-anak kami menjadi orang yang berpegetahuan tinggi dalam berbagai sudut katanya.
“Kami orang asal sudah Nampak bagaimana pengurusan yang dibawakan oleh Kerajaan PR yang sentiasa mengutamakan rakyatnya. Ini berbeza dengan pemerintahan Kerajaan Pusat. Kalau dahulu 50thn pemerintahan UMNO-BN nasib kami tidak terbela kami harap perubahan ini akan dibuat oleh Kerajaan PR,” ujarnya.
Sementara itu pula, Y.B Shari Sungip pula berkata, “Insya-Allah surat yang diterima ini akan diusulkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam meysuarat akan datang. Kita akan cuba membantu untuk membina ekonomi orang asal, begitu juga dengan permohonan guru untuk pendidikan anak-anak berusia 4thn. Semoga usul ini diterima oleh Kerajaan PR dengan menyediakan inisatif lain,” jelasnya.
– Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.