(blog: Al husseyn)
Penasihat DAP Lim Kit Siang menceritakan mengenai expedisinya ke Timur Tengah, berjumpa dengan beberapa pelajar Malaysia disana dan bertukar-tukar fikiran atau pandangan.
Kit Siang menceritakan apa yang dia baca dan beberapa pandangan yang telah beliau dengar di sana, termasuk pandangan Ketua Kesatuan Ulama Dunia, Syeikh Yusof Qardhawi.
Cer kita dengo apa yang Ulama No. Satu Dunia , bukan hok NOMBOR DUA, hok NOMBOR SATU DUNIA khabo :
Perlaksanaan hudud mengikut Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi (Hudud dalam wacana Feqah Masa Kini, Al Jazeera TV, 10 Januari 2011)
Sebelum dilaksanakan (hukum) hudud :
1) Beri makan (terlebih dahulu ) kepada orang yang lapar
2) Sediakan pekerjaan kepada penganggur
3) Ajarkan orang yang jahil
4) Latih (para) pekerja (skil dan ilmu)
Dasar perlaksanaan hudud (ialah) tidak dilaksanakan hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan seperti yang telah saya katakan ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan aqidah, syariat, akhlak, tatasusila dan nilai-nilai (murni) kita bangunkan masyarakat Islam dalam keadaan ini, kita laksanakan hudud.
Hujah Hadi menyamai Qaradawi
Ikuti transkrip dari rakaman yang diedit untuk memberi tumpuan kepada kenyataan yang amat penting mengenai pra-syarat pelaksanaan hukum Hudud yang dinyatakan oleh Hj Hadi pada 8 Mei 2009 lalu.
Wartawan : Hukum Hudud telah luluskan masa PAS memerintah Trengganu.
Hj Hadi : Apa dia?
Wartawan : Hukum Hudud telah diluluskan semasa pemerintahan PAS..
Hj Hadi : Kita dahulukan yang mana dahulu. Dahulukan masalah, atasi kemiskinan. Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan. Hukum mencuri tak boleh jatuh, kalau gaji minima tak dilaksanakan.
Wartawan : Disini dia bukan prioriti , dia bukan keutamaan?
Hj Hadi : Syarat dia mesti! Nak jatuh hukum mencuri sebagai contohnya, mesti gaji minima kena ada. Kalau dia mencuri kerana gaji tak cukup, tak boleh laksanakan; tak cukup syarat laksanakan hukum ini. Hak tu kena faham!
Wartawan : Jadi maksud dengan permasalahan tu?
Hj Hadi : Masalah pengangguran terlebih dahulu diselesaikan, baru dilaksanakan. Itu dia!
Komen al-Husseyn :
Tolong tanyakan kepada Hj Hadi tiga soalan berikut:
a) Sudahkah masalah kemiskinan dapat diatasi khususnya mangsa-mangsa banjir di Kelantan, yang masih tidak punya kediaman? Yang baru nak memulakan kehidupan baru setelah rumah dan segala harta benda habis musnah. Cucuk tanaman dan ternakan punah ranah…
b) Apakah gaji minima di negara ini sudah dilaksanakan?
Untuk makluman Hj Hadi, yang begitu sayang dan kasihkan mantan MB Selangor, Khalid Ibrahim, dia telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun 2012 dulu melalui semua anak syarikat negeri.
Berita Kencing ini telah diumumkan oleh beliau ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011. Baca lagi di sini
c) Kenapa dulu cakap lain, sekarang cakap lain? Bukankah itu merupakan janji kamu sewaktu mahu menghadapi PRU-13?
Cukuplah saya bertanyakan tiga soalan tu. Itupun dia tentu tidak akan dapat menjawabnya. Macai-macainya yang akan tolong menjawab untuk Hj Hadi nanti pastinya akan melalut yang bukan-bukan…