Istilah demam yang digunakan oleh PM Najib ialah jika dia mendedahan ‘rahsia’ atau ‘maklumat dalaman’ menyahut cabaran debat dengan Anwar adalah terbalik manknanya. Ini kerana Najib sendiri sudah beberapa kali ‘demam teruk’
lanataran keputusan PRU 12 sehinggakan beliau terpaksa mengoncang PM Abdullah Badawi supaya bertanggungjawab melepaskan jawatan PM kepada beliau kerana prestasi buruk BN-Umno pada PRU 12 lalu.
Demam sebelum ini yang belum kebah oleh Najib ialah isu kontroversi dan mendapat perhatian antarabangsa iaitu pembunuhan perempuan cantik asal Monggolia yang merupakan rakan Abdul Razak Banginda seorang yang dikenali sebagai penasihat politik kepada Najib dan juga melibatkan beberapa pengawal peribadi Najib sendiri termasuk DSP Mastor yang akhirnya memperlihatkan pembebasan Abdul razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh model Monggolia itu sebaliknya dijatuhkan kesalahannya kepada dua orang pegawai pengiring Najib iaitu Azilah dan Sirul.
Kedua-dua tertuduh itu ada meyebut semasa dijatuhkan hukuman oleh Hakim dengan ayat bahawa dia adalah ‘kambing hitam’ space goat. Tetapi semua ini tidak disiasat secara lebih mendalam untuk membuktikan perkara-perkara yang disebutkan itu. Persoalan ini masih belum terungkai sepenuhnya. Ayah kepada Altantuya masih lagi berusaha untuk mendapatkan keadilan untuk mendiang anaknya itu.
Demam yang seterusnya ialah Najib masih trauma bilamana kerajaan BN hampir jatuh dalam satu undian blok di Parlimen untuk kelulusan bajetnya pada 2009. Yang mana Najib hanya terselamat oleh 3 undi sahaja apabila undian dibuat oleh ahli-ahli parlimen.
Demam yang lain ialah tersebar bukti nyata perjumpaan Najib dengan Saiful Azlan budak yang mendakwa diliwat dan meliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Najib berjumpa di kediaman rasminya dengan diberitahu kononya Saiful mengadu yang dia diliwat oleh Anwar. Saiful juga dibuktikan menemui pegawau khas Najib yang bernama Anas di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Semua urutan peristiwa itu sedang dirakam dan di awasi oleh rakyat jelata dan pegundi pada PRU 13 nanti untuk diadili oleh rakyat demi menegakkan keadilan dan intergriti.
Rakyat yakin jika berlaku debat Anwar dan PM maka yang akan demam sebenar-benarnya bukan Anwar tetapi Najib Razak yang sedang tenat memikirkan kenapa setalah memasuki 50 tahun Bn-Umno rakyat mulai menolaknya dan kini isu-isu perkauman pula menjadi topik akhbar-akhbar rpo mereka sehingga seolah keamanan dalam negara Malaysia sekarang sedang gelora dan tidak aman lagi.
Demam yang akhir ialah kenaikan harga barang sehinggakan BN kini popular dengan istilah BN -Barang Naik.
Kesan pengisytiharan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan janji 100 hari jika berpeluang menerajui Putrajaya membangkitkan tidur BN-Umno sehinggakan mereka mengigau disiang hari dan menjaja janji 100 hari PR itu disana-sini dan secara tidak langsung telah mengiklankannya dan mempromosikannya untuk Pakatan Rakyat.
Kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat walaupun baru menjangkau 3 tahun memerintah Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kedah serta Kelantan membuktikan kemampuan sebenar Pakatan Rakyat jika rakyat memilihnya menerajui Putrajaya.
Maka sebagaimana Shabery Cheek bekas guru di Institut Berakan, bekas anak didik Anwar, bekas pensyarah UM, bekas calon Semangat 46 DUN Kijal, bekas pimpinan Semangat 46 itu pun berbuih mulutnya apabila disiarkan dalam televisyen ketika berdebat dengan Anwar berkisar isu kenaikan harga minyak sehingga menyerang peribadi Anwar maka apatah sangat dengan Najib yang sedang bergelumang dengan pelbagai masalah dan kemerosotan sokongan pelbagai akar umbi.