KENYATAAN MEDIA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur mencabar Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak terhadap program ‘Bicara Negara’ bersama Tun Dr Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri yang diadakan pada 16 Mei 2015 yang lalu sama ada bersetuju atau tidak dengan kehadiran beberapa pimpinan UMNO di dalam program tersebut. Jelas beberapa pimpinan UMNO Bahagian hadir termasuk seorang Ketua UMNO Bahagian yang juga bapa kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Zambry sekarang ini.
Yang jelas juga seorang Ketua Wanita UMNO Bahagian yang turut bertanyakan persoalan kepada Tun Mahathir di dalam program tersebut. Difahamkan juga permohonan penganjur untuk mengadakan program tersebut peringkat awal adalah di Stadiuam Indera Mulia, Ipoh telah ditolak dan menyebabkan penganjur terpaksa mengadakan program ini di Hotel Tower Regency, Ipoh pada hari tersebut. Gambaran tersebut seolah-oleh ada campur tangan agar program tersebut ‘disabotaj’ setelah penganjur gagal mendapatkan Stadium Indera Mulia. Siapakah pihak yang ‘menghalang’ program tersebut diadakan dan cubaan untuk menggagalkannya?
Jika UMNO Perak hanya berdiam diri, ianya memperlihatkan seolah-oleh ‘bersetuju’ dengan semua kenyataan Tun Mahathir yang ‘menyerang’ Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak di dalam program tersebut. Jesteru, Datuk Seri Zambry perlu membuat kenyataan rasminya oleh kerana ini adalah program pertama yang di hadiri oleh Tun Mahathir sekembalinya daripada mengerjakan Umrah yang diadakan di Ipoh dan perlu tampil untuk menunjukkan sokongan terhadap Dato’ Sri Najib jika benar beliau menyokong Presiden UMNO tersebut atau adakah Datuk Seri Zambry berpendirian sebaliknya?
SALMAN HAJI SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.