Soalan:
Apakah hukum apabila seseorang pengundi memilih pemimpin sedangkan pemimpin tersebut melakukan maksiat dan bersekongkol dengan kejahatan?
Jawapan:
Asasnya kita telah mengetahui bahawa seorang yang bersekongkol di dalam perkara kejahatan dan maksiat maka cukuplah ia membuktikan bahawa dia redha akan maksiat dan kemusnahan yang dilakukan. Hal ini diperjelaskan di dalam hadith Nabi saw yang berbunyi :
عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان. رواه مسلم .
Hadith ini mengajarkan kepada kita satu garis pandu untuk mengklasifikasikan seorang individu yang meredhai maksiat dan mereka yang tidak meredhai akan maksiat. Nabi saw mengajarkan kepada kita bahawasanya kemungkaran itu mestilah dicegah walaupun dengan sekecil-kecil perbuatan iaitu dengan membencinya dengan hati. Tanda seseorang itu membenci dengan hatinya dapat dibuktikan juga dengan dia tidak mengundi kepimpinan yang mengarah kemudi layarnya ke arah maksiat, kejahatan dan kemusnahan.
Pemahaman dosa mereka yang mengundi ke arah kebinasaan
Hal ini sebenarnya telahpun Allah swt beritakan kepada Nabi Muhammad saw sejak dahulu lagi. Ianya tercatat di dalam al-Quran mengenai penceritaan-penceritaan kaum yang membela dan tetap mengikut pimpinan mereka walaupun telah terbukti kezaliman, kemusnahan dan kemungkaran yang kepimpinan mereka telah lakukan. Sebagai bukti, saya bawakan beberapa ayat al-Quran yang menceritakan tentang dosa yang turut dikongsi oleh mereka yang bersekongkol di dalam kezaliman.
1. Firman Allah swt di dalam Surah al-Baqarah ayat 166-167
إِ(Iaitu) ketika ketua-ketua Yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang Yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya Segala hubungan di antara mereka. [166] dan (pada masa Yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang Yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau Kami (dengan itu dapat Kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada Kami (pada saat ini)!” Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa Yang mendatangkan) penyesalan Yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka [167
2. Dan janji Allah swt di dalam Surah Hud ayat 97-98 terhadap firaun dan kaumnya
إِ“ kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah Yang betul.(97) Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah ia akan membawa mereka masuk ke neraka. dan seburuk-buruk tempat Yang dimasuki ialah neraka.(98)”
Kesimpulan
Sememangnya tuntutan untuk memenuhi perintah dan memberikan wala’ kepada kepimpinan itu perlu di dalam mana-mana jemaah Islam / parti Islam. Akan tetapi, di sini Allah swt telah menggariskan melalui lisan Nabi Muhammad saw garis pandu dan ciri yang bagaimana untuk diberikan wala’ dan taat dan ciri yang bagaimana pula harus ditentang dan diubah. Maka di sini Allah swt di dalam Surah al-Baqarah ayat 166-167 telah menjelaskan azab bagi mereka yang taat membuta tuli sehingga kepatuhan mereka kepada kepimpinan itu termasuklah dalam perkara mungkar yang mendatangkan kemurkaan Allah swt.