Seperti kata mantan Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Muhammad Sabu, bahawa beliau terkilan dengan keputusan pemilihan PAS baru-baru ini kerana golongan profesional ditolak mentah-mentah oleh perwakilan, hari ini PAS pula merasa berseorangan apabila PKR sah memutuskan kerjasama PR telah tamat.
Mat Sabu dalam ceramahnya berkata beliau selama ini menerima beberapa kekalahan dengan senang hati namun kali ini seolah-olah ada perancangan yang rapi oleh pihak dalam dan luar untuk memastikan golongan profesional kalah kesemuanya.
Maka selepas hancurnya PR hujah Mat Sabu benar. Golongan yang tinggal dalam PAS memang tidak mahu meneruskan kerjasama dengan DAP dan membuat tohmahan kononnya mereka alat DAP.
Apabila PR berakhir maka ulama PAS dan profesional wajar berfikir panjang untuk mengambil haluan masing-masing. Ramadan akan menjadi medan ijtihad dan selepas Aidilfitri perjuangan diteruskan. Semoga perjuangan akan menjadi lebih mantap.