Oleh: Khaulah Azwar
Bt 10 Gombak – Penduduk sekitar Gombak merasa curiga diatas pembinaan bangunan yang didirikan di tepi sungai dan telah memakan “reserve” jalan.
Seorang penduduk disini yang tidak mahu identitinya didedahkan telah memaklumkan kepada pihak media bahawa bangunan ini telah wujud beberapa bulan yang lalu dengan membuat projek penanaman pokok gaharu 1 malaysia dan menternak ayam katik.
Menurut pengadu dan beberapa orang penduduk menyatakan pengusaha tersebut telah menternak ayam katik di tepi sungai Gombak yang merupakan penting kepada pengguna. Tetapi dengan menternak ayam tersebut sudah pasti memberi pencemaran kepada penduduk sekitar.
Selain daripada itu, ramai merasa curiga dengan pihak pengusaha yang menanam pokok gaharu ini dengan meletakkan zink melindungi beberapa bangunan disitu. Dengan berbagai aktiviti diwujudkan disini membuatkan ramai tertanya-tanya adakah pembinaan bangunan ini telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa terutamanya Pejabat Tanah, Jabatan Pengaliran Selangor (JPS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali serta Ketua Kg. dan Tok Penghulu Mukim Setapak.
Pihaknya berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera agar tidak berlakunya perkara yang buruk, katanya.
Bagi mencari jawapan, pihak wartawan telah membuat lawatan ke tapak tesebut bersama Ketua Kg Gombak Utara Mohd Said Zakaria, 56thn untuk bertemu dengan pihak pengusaha, En Nasir Majid.
Nasir berkata, tujuan kita menanam pokok ini adalah untuk mengekalkan hasil tanaman pokok gaharu yang boleh mendatangkan keuntungan yang besar jika dipelihara dengan sebaiknya. Selain daripada itu untuk menarik pelancong-pelancong asing datang ke kawasan Gombak ini yang merupakan kawasan tradisi perkampungan melayu. Dengan hasil jualan pokok gaharu ini insya-allah akan disalurkan bantuan kepada fakir miskin.
“Pokok karas menghasilkan bahan untuk industri minyak wangi dijual antara RM15,000 hingga RM20,000 sekilogram. Anak pokok karas atau gaharu setinggi 20 sentimeter (sm) yang dijual pada harga RM1.60 sepokok dua tahun lalu kini mencecah RM9, gara-gara minat orang ramai menanam pokok yang dikatakan boleh memberi pulangan RM18,000 sepokok.
Karas atau nama saintifiknya, Aqularia malaccensis yang boleh mencapai ketinggian lebih 36 meter, mengeluarkan damar atau rasin yang diperlukan dalam penghasilan minyak wangi, manakala kayu dan kulitnya diproses menghasilkan gaharu.
Damar yang dihasilkan oleh pokok karas kini digredkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan gred Super A, A, B, C serta D, dan harga Super A dijual antara RM15,000 dan RM20,000 sekilogram di pasaran antarabangsa.
Bukan setakat damar, batang dan kulit boleh menghasilkan wang, malah daun karas dikatakan boleh direbus dan diminum bagi mencegah penyakit kanser.
Menyedari pokok karas mempunyai nilai komersial, Jabatan Perhutanan Terengganu mempelopori tanaman secara ladang di kawasan 47 hektar di Hutan Simpan Merchang, Marang bagi menggantikan pokok Akasia.
Nasir berkata lagi, “karas mempunyai potensi tinggi sekiranya diusahakan secara komersial. Kegunaan Gaharu digunakan untuk keagamaan Cina, Unanai, Ayuravedik dan Tibet. Di Timur Tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah”.
“Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut. Begitu juga menternak ayam katik ini adalah satu hobi sahaja. Pihak Kementerian Kerajaan juga menggalakkan saya meneruskan aktiviti ini”, katanya.
Saya harap tiada berlakunya sebarang salah faham kerana niat kita adalah untuk kebaikan. Cuma satu kesilapan saya kerana tidak membuat permohonan daripada pejabat tanah, JPS serta dimaklumkan kepada pihak ADUN disini mengenai aktiviti ini. Tetapi saya telah maklumkan kepada tuan tanah dan mereka membenarkannya, bahkan ketua kg disini juga telah dimaklumkan.
Sementara itu pula Penghulu Kg Mukim Setapak,Zuraimi Muhaini pula berkata, bagi pihak kami dalam pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tidak menghalang aktiviti jika ianya mendatangkan manfaat untuk kebaikan semua pihak tetapi tindakan dengan menubuhkan bangunan tanpa permit di tanah “reserve” ini dikira menceroboh. Saya sendiri tidak dimaklumkan aktiviti ini walaupun telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu. Cuma dalam masa 2 minggu ini baru saya dapat tahu dari Pengusaha itu sendiri, En Nasir, mungkin setelah isu ini menjadi panas.
Menurut penduduk disini, Pengusaha tersebut juga telah menetap disini selama 3thn. Saya juga difahamkan Nasir telah menternak ayam katik di tepi Sg. Gombak tempat kediamannya. Dengan menternak dikawasan tepi sungai akan memberi pencemaran kepada penduduk dan pengguna disini.
Aduan telah banyak kami terima dari penduduk apatahlagi bangunan yang mengcurigakan semua pihak telah wujud. Selain daripad itu, terdapat kolam wap air herba yang telah dibina oleh beliau. Adakah pembinaan tersebut di buat asing atau sebaliknya untuk kegunaan pelancong yang datang berubat. Waallahhualam, Jika tidak kita bimbang berlaku pula maksiat disini. Saya juga dapat maklumat pekerja-pekerja mereka seperti penagih dadah juga. Ini amat membimbangkan kami jika ianya betul pasti akan memberi kesan kepada anak-anak muda disini.
Manakala, Ketua Kg Gombak Utara Mohd Said Zakaria pula berkata, disini kita tekan sekali lagi, Kerajaan PR tidak menghalang rakyatnya membuat kerja kebaikan tetapi hendaklah ianya mengikut prosedur yang betul dalam membuat kerja-kerja pembinaan dan tidak menggangung orang lain. Dengan melanggar prosedur ini, mereka boleh dikatakan sebagai penceroboh.
Masaalah yang timbul ini juga telah mendapat perhatian oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Majlis Perbandaran Selayang (MPS, Jabatan Pengaliran Selangor (JPS), Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) dan minggu depan pihak berkuasa akan mengambil tindakan selanjutnya. Rentetan daripada itu, Kita harap pengusaha tersebut dapat memberi kerjasama untuk kebaikan masyarakat disini, katanya.