Sikap Umno Perak memperalatkan Sultan Perak jelas kelihatan dengan penganjuran pertandingan mengarang esei sempena Hari Keputeraan Sultan Perak. Demikian dijelaskan oleh Safarizal Salleh, Penolong Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Katanya, Umno sepatutnya tidak mengambil kesempatan dengan Hari Keputeraan Sultan Perak bagi menganjurkan pertandingan yang mana borang penyertaannya tertera logo parti itu.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan Sekretariat Pembangunan Masyarakat & Sosial Pergerakan Wanita Umno Negeri Perak melalui Biro Pendidikannya menjadikan Hari Keputeraan Seri Paduka Sultan Perak dengan mempolitikkan murid-murid serendah Darjah 4 hingga ke menengah Tingkatan 6 atas dan dalam masa yang sama menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak juga terlibat dengan eleman politik kepartian.
“Penganjuran tersebut jelas bertentangan kerana ianya menjadikan pelajar sebagai alat politik kepartian yang sepatutnya pertandingan esei tersebut bukan sebagai usaha politik terdesak Umno Negeri Perak khasnya. Adakah JPN Perak membenarkan iklan pertandingan tersebut masuk ke Sekolah-sekolah? Atau memang JPN Perak juga memberikan kerjasama di dalam penganjuran pertandingan esei tersebut? Mengapa pula menjadikan Hari Keputeraan Seri Paduka Sultan Perak sebagai alat politik Umno terhadap pelajar?
“DPPN Pk kesal Umno mengheret nama Seri Paduka Sultan Perak di dalam politik kepartian. Sepatutnya Hari Keputeraan Seri Paduka Sultan Perak tidak dijadikan umpan bagi Umno dengan melibatkan rakyat terutamanya dalam perkara ini. Ditambah pelajar juga nampaknya turut diheret oleh Umno bagi mendapatkan sokongan dengan tawaran hadiah berbentuk wang tunai bagi pertendingan esei tersebut. Nampaknya memang Umno terlalu terdesak di Perak bagi meraih sokongan dan mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti,” kata Safarizal.