PENGUMUMAN: Penyelaras Gerakan Harapan Baru Negeri Perak bakal menerima kunjungan pimpinan utama bersempena bulan Syawal ini iaitu pada Hari Ahad, 26 Julai 2015 nanti.
Di Perak, kita telah menyusun dua program besar kepada yang berminat untuk hadir iaitu Dialog #HarapanBaru pada sekitar jam 4.00 petang di Symphony Suites Hotel, Jalan Sultan Dr Nazrin Shah, Ipoh dan Ceramah Umum #HarapanBaru sekitar jam 8.30 malam di Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, Ipoh.
Program Dialog tersebut adalah terhad kepada yang datang awal dalam kapasiti 300 orang sahaja, manakala pada program Ceramah Umum pulak kita mengsasarkan lebih kurang 3,000 orang yang akan hadir. Pada sebelah malamnya, kami turut menjemput beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Setakat pada hari ini, sudah sepuluh orang pimpinan mengesahkan kehadiran di Perak yang bakal menemui kita di sini.
Adalah menjadi harapan kami sebagai penganjur agar majlis tersebut berjalan dengan lancarnya dan mendapat sambutan hangat dikalangan semua kaum dengan pelbagai lapisan masyarakat. Di Perak, Pengerusi telah diberikan tanggungjawab kepada Haji Asmuni Awi dan manakala Timbalan Pengerusinya adalah YB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
Salman Hj Saleh adalah setiausaha GHB negeri Perak