Oleh: Selena Tay
Walaupun kerajaan menurunkan harga minyak RON 95, RON 97 dan diesel pada 1 Ogos lalu, rata-rata rakyat menganggap bahan api itu masih mahal di pasaran.
Apatah lagi ketika mereka menghadapi kesan Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang meningkatkan harga barang makanan dan keperluan rumah tangga
Rakyat juga menolak harga RON95 pada RM2.05 seliter. Mereka mahu menikmati harga yang lebih rendah berdasarkan penurunan harga minyak dunia yang jatuh di bawah paras AS$55 setong biar pun penurunan nilai ringgit menyebabkan tidak berlaku pen urunan harga yang drastik dalam pasaran tempatan.
Seorang kerani bank di Kuala Lumpur, Janet Wong berkata harga RON95 sepatutnya kurang daripada RM2.
Seorang penjual minuman buah-buahan yang mahu dikenali sebagai Pak Ramli bersetuju dengan harga pada Febuari lalu iaitu RM1.80 seliter.
“Harga RON95 tak sewajarnya lebih dari RM2, sepatutnya RM1.80 saja,” kata beliau.
Rakyat yang ditinjau mempertahankan tuntutan mereka. Sebagai negara pengeluar minyak, kata mereka, rakyat sepatutnya menikmati faedah dengan harga minyak yang rendah.
Oleh, itu sewajarnya kerajaan mengembalikan subsidi bahan bakar yang ditarik semenjak November 2014.