Ipoh: Majlis rumah terbuka Gerakan Harapan Baru (GHB) Parlimen Tambun mendapat sambutan yang sangat menggalakan dengan kehadiran pelbagai kaum.
Majlis diadakan di Pekan Chemor dari jam 11 pagi hingga 1 petang itu turut dihadiri pimpinan GHB Perak, Pengerusi PKR Cabang Tambun Sdr Arafat dan wakil-wakil Ngo.
Dato’ Sri Muhammad Nizar Jamaludin sewaktu menyampaikan ucapan menyatakan kegembiraan beliau dengan kehadiran pelbagai bangsa termasuk pimpinan kaum mereka. Ini menandakan penerimaan baik terhadap GHB.
Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi GHB Perak Haji Asmuni bin Awi. Beliau optimis GHB Tambun akan diterima majoriti rakyat setempat berdasarkan gerak kerja pendokong dan sokongan masyarakat.
(Visited 408 times, 1 visits today)