Menjadi satu bahan ketawa 1 Malaysia apabila Perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasanya mengumpan ahli UMNO dengan BRIM ketika berucap dalam mesyuarat tahunan Bahagian Umno Pasir Gudang dua hari yang lalu.
Persoalan demi persoalan timbul buat rakyat Malaysia. Pertama, RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri adalah membimbangkan dan mencurigakan. Amat merisaukan lagi apabila terdapat beberapa menteri badut yang cuba untuk memperbodokan rakyat dengan mengatakan bahawa “Ini Bukan Isu Besar.”
Ingin saya bertanya apakah BR1M juga datang dari RM 2.6 bilion yang disumbangkan daripada penderma tanpa nama? Sumbangan yang menyebabkan rombakan kabinet berlaku, sumbangan yang menyebabkan seluruh pimpinan tidak dibenarkan untuk mempersoalkannya, sumbangan yang menyaksikan beberapa Jawatankuasa Akauntabiliti Awam Ahli BN dinaikkan pangkat sebagai menteri, sumbangan yang diarahkan untuk berhenti penyiasatannya, sumbangan yang menggantikan Peguam Negara yang tidak tahu apa-apa mengenai pertuduhan yang akan dikemukakan terhadap Perdana Menteri.
Walaupun BR1M kononnya datang dari RM 2.6 bilion, ini sekadar untuk menutupi cerita “derma”. Orang ramai perlu menuntuk penjelasan penuh tentang RM 2.6 bilion dalam akaun Naib dan SPRM harus telus menjalankan penyiasatan mereka tanpa gangguan daripada pihak polis atau agensi-agensi lain sepertimana yang sedang berlaku sekarang.
Malah, jika RM 2.6 bilion telah digunakan untuk pilihanraya lalu, maka PRU-13 adalah batal dan tidak sah.
Tiada siapa percaya cerita sumbangan kamu Najib!
YB Zuraida Kamaruddin adalah Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita Keadilan